Wednesday, January 30, 2013

konvensyen fiqh wanita dan Islam~v.1

Assalamualaikum

alhamdulilah
tiba juga masa utk berkongsi bagi konvensyen fiqh wanita dan Islam / K-FIQH WANITA & ISLAM yang aku dah pegi dgn mereka berempat PADA 19-20 JANUARI 2013

AM~bella~HUMAIRA~nadhirah

dan x jangka, jumpa plak nadiah..bebudak ni yg perasan nadiah ada,'cik fara, cik fara, lecturer pilah tu..aku cam..sape lak tuh..then..laaa..nad rupanya..maka, ajak la sekali..dan ada lg sorang amanina..kawannya humaira dan nadhirah..

aku rasa bersyukur sgt, segalanya dipermudahkan
mula-mula punyalah riso, nk cari tmpt tido*sb smpai lewat ptg, diaorg riso aku drive n tkt xleh focus pd ari konvensyen tu*
survey internet beria bagai
last2..am ckp ibu dia offer tido umah kt kajang..hehehe..apa lgi..setuju terus la
sgt berterima kasih
duk umah yg ada ibu nie bessssttt^_^
ohsemm sgt..
makan terjaga..siap bekalan lagi..hihih

kami kesana dgn matlamat utk menambahkn ilmu
semoga ianya dpt membantu kami semua menjadi muslimah yg lebih baik
amin.

time pendaftran*xsesat sb bella mmg tahu tgk jalan..hihi, hrpkn aku..abess laa~~
time register tu sgt pack..org beratur mcm apa..tp alhamdulilah, ajk bijak memainkan peranan
kira setle la jugak
and mrk bijak mengawal crowd
alhamdulilah..kami dapt tmpt duk dpn gak la

sesi pertama ialah drp DR.ZAHARUDDIN : WANITA SOLEHAH PENDAMAI DUNIA
haa..slot ni best...byk yg dpt tgk betapa pentingnya wanita solehah dlm mendidik generasi yg terbilang dan cemerlang dunia akhirat
kelakar juga ustz zaharuddin ni..tp die punya pengisian mmg tepek kene kat muka
berkenaan dgn assumption awal kita pd sesuatu berita.
kadang2 kita xdgr news tu smpai abes lg, kita dah assume mcm2..hihi..aku kene la kat sini
ustz bg analogi cerita perempuan cina yg bersalin anak dia xcomel dan telah diceraikan oleh suaminya*sbnrnya isteri dia ni wat pmbedahan plastik*
sebelum abes citer tu, ustz provok audience dgn mengatakan suami dia zalim kan..haruss la audience ckp ya..siap angkt tgn lagik..hihi..pandai ustz ni..then, baru dia bg conclusion dan pengakhiran citer ni yg mmg isteri tu telah menipu suaminya dr awl lg*sb wat pmbedahan plastik tu*
so..lenkali..dgr citer tu smpai abes dulu..dun put any assumption without knowing the fact or truth bout the story

haa..maka utk itu, sbg wanita solehah..kene byk sbr*dugaan ni*
kene taat suami
sblm dpt suami tu
kne taat ibu bapa
dan
kepada yg tak bertemu jodoh lg
jgn gusar, bukanlah suami itu sbg kayu pengukur utk masuk syurga..namun, jika sudah bertemu jodoh, maka jadilah wanita solehah krn ALLAH agar solehah itu ttp ada walaupun kelak akan ada masalah dgn suami..

tapi

bukanlah bermakna kita org pmpuan ni mind set sesiap nk cari kerja dan ada duit sendiri sbb takut nti kene cerai dan xde apa2..haaaa..ni silap sbnrya*aku pun bru dpt tahu dr k-fiqh ni.

kenapa mesti kita rasa kita akan kene cerai?
hmmm..betul jugak kan
kalau kita niat nk cari rezki ni utk ALLAH
dan tidak mengabaikan tggjwb sbg isteri *suami pun redha
maka, tak pe lah
masalahnya skg, kebnykan wanita berfkiran nk kerja sb takt kene cerai nti mcmana..hmmm..sapa suh pk akan bercerai..betul jugak kan :)

ustz juga ada ckp pasal..
wanita ni suka pada lelaki yg bertanggungjawab
bertanggungjawab pada ALLAH
dan bila lelaki itu bertanggungjawab pd ALLAH, maka mesti dia akn bertggjwb juga pd yg lain2
yg wanita lak..aku lupa..hihi..nti updated lainea..maaapppp

cuma yg pasti
ustz menekankan
wanita solehah itu adalah BONUS, HARTA, NILAI terbesar dan BERHARGA bagi seorg suami
maka, ayuhlah wanita
kita berjihad
utk menjadi wanita solehah

next slot is ustz zahazan & ustz sukki othman

then slot bersama OKI SETIANA DEWI
HAAA..ni ryn peminat no.1 dia
aku kenal oki ni sbb citer KETIKA CINTA BERTASBIH
oki berkongsi cerita penghijrahan dia
sgt tersentuh
aku suka bila dgr dia kata pasal dakwah
dakwah itu luas
dan ianya bukan hanya pada kata-kata
ianya pada tindakan
dan berdakwahlah ke luar..luar sana sgt byk menanti
bukan hanya pd org yg mmg dah ke surau..krn org yg ingin jadi baik bukan ada di surau shj

oki share life dia merantau
jmpa budak kanser
jmpa golongan yg telah terlanjur
semuanya memberi input bhw
kita perlu keluar dan perlu melihat dlm aspek yg lebih luas dan besar

 
BERKAWANLAH DENGAN SESIAPA PUN,
TETAPI
BERSAHABATLAH DENGAN ORG SOLEH
KARNA
ORG YG INGIN BAIK BUKAN HANYA ADA
DI SURAU
 
~OKI SETIANA DEWI~
 
Ok..rasanya ni jer la dulu..nti share lain plak..
semoga bermanfaat




masih byk yg perlu dilakukan..
moga ditetapkan hati :')

Tuesday, January 29, 2013

ayat-ayat cinta??

Fahri : Aisha, isteriku, apakah kau benar-benar mencintaiku?



Aisha menganggukkan kepala.



Fahri : Aku juga sangat mencintaimu. Dan aku tak ingin kita yang sekarang ini saling mencintai kelak di akhirat menjadi orang yang saling membenci dan saling memusuhi.



Aisha : Apa maksudmu? Apakah ada 2 orang yang di dunia saling mencintai di akhirat justeru saling memusuhi?


Jika cinta keduanya tidak berlandaskan ketakwaan kepada Allah maka keduanya akan saling bermusuhan kelak di akhirat. Apalagi jika cinta keduanya justeru menyebabkan terjadinya perbuatan maksiat baik kecil mahupun besar. Tentu kelak mereka berdua akan bertengkar di akhirat. Seseorang yang sangat mencintai kekasihnya sering melakukan apa saja demi kekasihnya. Tak peduli pada apa pun juga. Terkadang juga tidak peduli pada pertimbangan dosa atau tidak dosa.




Jika yang dilakukan adalah dosa tentu akan menyebabkan keduanya akan bermusuhan kelak di akhirat. Sebab, mereka akan berseteru di hadapan pengadilan Allah SWT. Inilah yang telah diperingatkan oleh Allah SWT, dalam surah AZ-Zufruf, ayat 67; Orang-orang yang akrab saling mengasihi, pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.



Dipetik dari novel AYAT-AYAT CINTA, muka surat 436-437.



Moga kita semua mendapat pengajaran daripadanya, insyaAllah :)
 
**credit to blog JASS ^^


Wednesday, January 23, 2013

sebelum aku pergi.....

assalamualaikum
 
hari ni
aku jmpa byk menda plak
yg lama2
haisshh
emosi ni
hati ni
cepat betul berubah
mmg hati itu bkn milik kita
mohon lah kekuatan dr PEMILIK HATI SEBENAR
 
 
sbnrnya xde la apa sgt
cuma aku terkesan skit dgn ayat member baik aku td
sebelum die tatata kat aku
die ckp
 lebih kurang la mcm
'bgus la..seblm ko pegi kan..sumbngn ko'
lebih kurg tu la
 
 
wah..terus sedih
pilah
uitm kuala pilah
first tmpt yg aku belajar utk bekerja
first place utk aku bljr ttg life sbnr
life
love
hurt
happy
confident
family
friends
studnts
 
 
;'(
 
 
aku xtaw apakah dpat atau x
sb mmg xdpt news apa2 pun
 
maka
aku dah bincg dgn mak
kalau dpt
maka itulah yg terbaik utk aku
dan jika tak, maka inilah yg terbaik utk aku
kerna aku tahu
ALLAH tahu segala yg terbaik utk aku
 
mmg aku akn sedih
mestilah
jatuh bangun aku
di uitm kuala pilah ini
huks..
 
semoga segalanya baik2 aja
 
*aku syg setiap perkara yg jadi pd aku kt pilah ni ;')

ALHAMDULILAH :')

Assalamualaikum
 
 
hari ni
23 Januari 2013
PTAR Ns telah mendapat kembali piala keseluruhan
yg pernah kami pegang pd Hari Inovasi 2010 yg lalu
 
Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah
 
 
Sbrnya sgt x sgka, yg 5S especially, dpt maintankan juara
dan kaunter dpt tempat kedua
dan akhirnya keseluruhan juga milik kami
aku dgn diana dah mcm suspen tahap gaban dah
takut xdpt*confirm kene transform punya, dah dpt..double kene maintain lg..huhuh*
bila sebut PTAR utk 5 s tu..huuuu..sedih..terharu..bersyukur x terkata
yer la
time audit tu
dah la xsgka dtg auditor nya
 
dgn kak aida hilang hp nya, mcm2 la..
alhamdulilah..rezeki kami tahun 2012
 
 
sbelum start bhgn opis,
ada anugerah pembangunan pelajar bukan akademik dan akademik
jamil dpt yg akademik
aku dpt yg bukan akademik
actually, mmg xsgka juga
sbb selama ni aktif pun, xde terlintas pun award2 bagai ni
ALHAMDULILAH
 
bila aku ingt2 semula
aku dpt pada nie utk xtvt 2012 taw
hmmmmm
sedih nya :'((
ALLAH still bg aku rezeki ni
ALLAH still bg aku
dgn mcm2 yg aku dah wat pada 2012 tu?
astagfirullah
malu sgt
rasa mmg hina tahap apa pun x taw
ALLAH masih berikan aku nikmat ni
 
 
mmg betul
 
aib kita hanya ALLAH yg boleh jaga
jika ALLAH tak jaga dosa dan aib kita, pasti tidak akan ada makhluk yg suka akan kita
betapa besar nya RAHMAT MU YA ALLAH ;'(
Engkau masih berikan aku pelbagai nikmat
pelbagai nikmat
huhuu..
ALLAH
terlalu byk nikmat yg telah diterima
mana mungkin aku boleh bertahan tnpa keredhaan Mu ya ALLAH :'(
 
 
Ya ALLAH, hanya Engkau yg mengerti apa yg aku rasakan
hanya Engkau yg tahu segala nya
ampuni aku Ya ALLAH
ampuni hamba ini
 
 
O ALLAH, YOU know me better
than i know myself, and I know myself better than these people who praise me.
Make me better than what they think of me
and
FORGIVE THOSE SINS OF MINE
of which they have no knowledge and
DO NOT HOLD ME RESPONSIBLE
for what they say
(Abu Bakar al-siddiq R.A)
 
 terima kasih byk - byk atas sokongan semua yg sentiasa berada bersama aku
tak kira ketika aku sedang berada diats
ditengah
dibawah
di belakang
dan ketika aku dalam 'gelap'
terima kasih ats doa
dan maaf jika aku tidak seperti yg kalian harapkan
kerna
aku juga
hanyalah hambaNYA yg sentiasa alpa
dan hina
 
 

DON'T HESITATE TO REPENT.
REMEMBER
ALLAH'S LOVE IS MUCH GREATER THAN YOUR SINS
 
 
 
*utk awk*
terima kasih ats segalanya
sy tak pernah menyesal kenal awk dlm hidup sy
terima kasih
maafkan sy
kerana kekurangan diri sy
semoga awk sentiasa bahagia bersama dia yg boleh membahagiakan awk
maaf krn sy adalah saya
sy yg sentiasa lalai
dan alpa ini
maaf
maaf
dan terima kasih
sehingga jumpa lagi
semoga ALLAH sentiasa melindungi awk dan keluarga selalu
 
 
mmg saya nk ckp itu utk awk
kerna awk sendiri tahu
2012 itu tahun apa
dan betapa sy kenal erti CINTA YG SEBENAR
DAN CINTA YG SEBENAR HANYALAH PADA ALLAH
KERNA ALLAH adalah pemilik hati kita
kembalilah awk
kembalilah kepada ALLAH..ALLAH SENTIASA ADA utk hamba DIA
 
sy tak tahu pun awk baca ke tak blog sy ni
tp xpe lah
lama dah x tulis pasal awk ni
semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH selalu
 
CINTA itu tak buta
yg buta adalah kita
kita yg menjadikan cinta itu buta
sayang
cinta
tidak akan sesekali membawa ke arah NERAKA
kerana
bukan cinta dan syg jika tidak ke syurga
CINTA DAN SYG YG SEBENAR ADALH MEMBAWA KE SYURGA...
 
maafkan sy sekali lagi dan terima kasih
 
:'(
 
HANYA ALLAH YANG TAHU SEGALANYA
 
 
 




Tuesday, January 22, 2013

cikgu fara???

assalamualaikum
 
haaa..
 
entry ni aku tetibe rasa nk tulis lak
cikgu fara
aku punya feveret adalah bila org panggil aku CIKGU
aku sukaaaaaa sgt nk jd cikgu
time dpt rezki jd cikgu sementara dulu..mmg digunakan sepenuhnya lah
mak xsuka sgt aku jd cikgu
hihi
mana tak nya
time jadi cikgu sementara tu, ke hulur, ke hilir, dr cikgu pengiring, cikgu nasyid, cikgu library..cikgu kem kepimpinan..seme lah..hahahha
gila kuasa gitu
padahal aku mmg macam tu pun..ter involve..hiks
haa..smbung citer
sbnrnya, mak bkn x suka aku jd cikgu
mak cuma lagi suka aku jd lecturer..in shaa ALLAH, mmg itu juga aim aku setakat ni.
.moga ALLAH permudahkan
 
kenapa aku suka CIKGU
sbb pada aku
kerja cikgu ni sgt mulia
MENDIDIK
nk mengajar mmg senang
tp nk mendidik?
hmm..bukan mudah ea
MENDIDIK
TARBIYAH
PENDIDIK
MURABBI
dan segala yg berkaitan itu
bukan semudah yg dikata
mendidik itu bkn sekadar kita mengajar..lalallala dan ok..test..ok quizz..
yup..mmg itu ada dalam point nya
tp big point is
mendidik jiwa mereka
menjadi manusia
hamba
ALLAH yang berguna
yg lebih baik
 
tnpa penat lelah seorg cikgu tu, ke mana la sgt kita semua
dan lebih lg
didikan seorg EMAK
pergh..mak sgt tegas kot
selamba jer rotan kitaorg dedulu
tp aku nmpk
hasil mak tegas dan sgt displin itu
 
skg, mgkn aku bkn seorg cikgu
tp aku meletakkan MENDIDIK itu sbg salah satu amanah yg aku perlu buat
perlu bawa
perlu lihat
perlu SABAR...
huuuu
Aku mmg agak kurg sabar sbnrnya
by time
aku belaajr utk lebih sbr
bukan mudah kita nk traine org ni lelebih pemimpin
sb
pemimpin mahasiswa skg bkn macam zaman dulu dah
byk nk kene tgk
nk kne ajar
nk kne guide
and plezzz
kepada mereka yg mmg memegang tiket pendidik ni, tlg lah
hargai tiket itu
dan do ur best
peduliklah kalau dulu ko x suka ke dgn apa yg ko ajar skg
or what?
but, tlg..pandanglah anak2 murid tu
sbg satu amanah
aku x nafikan
xsemua x pandang
tp yg x pandang tu lg ramai dr yg pandang..huks,mgkn aku yg nmpk begitu
salah mata aku agaknya
maka, utk itu, buatlah semana mampu
didiklah selagi mampu
dgn apa yg ada di tgn
kerna
ALLAH TAHU KEMAMPUAN HAMBANYA
setakat mana aku mampu
selagi mana ALLAH IZINKAN
selagi itu aku akn berjuang
bkn kerna lain
kerna
bila aku mendidik dan berkongsi
aku sbnrnya
sdg banyak mendidik diri aku
diri aku yg hina ini
 
kak asz pernah ckp kat aku
'Allah tahu farawa mmg kene dpt tarbiyah dr cara mcm ni"
aku ingt smpai skg
dan aku yakin
setiap yg ALLAH bg itu
adalah YANG TERBAIK UTK DIRI AKU
 
so farawa
plez
S.A.B.A.R
sabar dlm mendidik
sbr dlm berkongsi
ingat semula
KENAPA ANDA MAHU BUAT SEMUA INI
sbb
ingat sendiri ea..
MENDIDIKLAH KERNA ALLAH
DAN MOHON LAH KEKUATAN DR NYA
KERNA TIADA YG LEBIH BERKUASA
SELAIN ALLAH :')
 
 
~dari seorg aku yg hina;'(
 


past , now and future..

assalamualaikum
 
alhamdulillah, masih diberi nafas utk beribadah kepada ALLAH dan memohon keampunan NYA
aku sbnrnya nk kongsi pasal pengisian Konvensyen Fiqh wanita & Islam yang aku pegi last week
Alhamdulilah, byk ilmu, input, peringatan dan pengisian yg membantu bg diri yg jahil dan lemah ini
Alhamdulilah sb dpt tumpang kt umah yg ada ibu..weeee
sonok duk umah yg ada ibu/mak/ummi/mama ni
seme setle..ngeh3..
syukran pada ibu am dan am jugak
alhamdulilah utk ukhuwah yg terjalin sepnjg k-fiqh ni..wuu..sedih hati sbnrnya, tp xmo sedih bagai sgt, nti ada yg  pelik x abes plak..hihihi;p
 
dalam sibuk nk tulis tuh, aku terjumpa plak pengisian dr blog junior kt puncak perdana dulu
hmm.sbnrnya, aku mmg suka tgk blog org dulu before nk tulis
tp
bila baca blog dia ni, actually entry yg aku nk share ni lama dah die tulis
mgkn aku bru jumpa :)
xpe, entry dia sgt best
mcm kene kt diri pun yer jugak*biasanya mcm tu la..hihih*
 
yup
people change
semua org berhak mendapat peluang utk berubah dlm hidup msg2
cuma pilihan dan tindakannya adalah ditgn kita
ALLAH bg spark, hidayah
kita nk teruskan dgn istiqamah atau tak
nk biarkan chaya hidayah tu pergi cenggitu jer?
haisshhh
tamo la
rugi
ALLAH dah bg
ALLAH dah ketuk
xsedar or kita yg denial?*sy x denial sgt erk..hih*
 
maka, bila aku terjumpa entry dia ni
aku setuju
sgt
sgt
sgt
 
Every saint has a PAST,
Every sinner has a FUTURE
 
 
like what she said*blog junior ni*
org x percaya bila tgk empunya diri ni
"eh..xkanlah fara mcm tu, fara yg sy kenal seorg yg teguh" seorg lecturer aku penah bg feedback mcm ni bila aku ckp aku pernah juga ada zaman tergelincir :(
hmm..tp..aku tahu zaman tu
aku tahu
dan
ALLAH lg tahu :'(
astagfirulah
semoga ALLAH terima taubat-taubat kita
 
so, aku share dr blog junior aku ni*silent reader dia sbnrnya aku ni..hihi
tp x copy full, aku amik yg mana aku rasa aku nk amik
maap ea iffah...kak fara copy sudaaa ;)
 
selamat membaca^_^ 
 
 
 
 
 
saya baca ayat itu berulang-ulang,

memandang berkali-kali.

Astaghfirullah,

teruknya saya dahulu,

:'(

teringat kembali perkara yang pernah dilakukan.

banyak.

biar saya simpan sendiri.


mesti orang kata,

"jahat mana lah sangat iffah ni, macam tak percaya je"

haha.

saya percaya,

setiap orang pasti melalui kisah silam yang berbeza-beza.

dan saya juga, pastinya.

:'(


"Iffah aku rasa kalau kau tak campur dengan geng-geng tu kan, aku rasa kau sebenarnya baik"


seorang teman meluahkan pendapat,

beberapa tahun lalu,

ketika saya masih di bangku sekolah menengah.

saya senyap,

tidak tahu respon apa yang hendak diberi.

tapi satu yang pasti,


saya tidak pernah dan tidak akan pernah menyesal,

akan masa silam saya.

 
kerana jika tiada kegelapan dahulu,

mana mungkin saya dapat merasakan nikmatnya cahaya sekarang.

Subhanallah! Maha Suci Allah.



Ya Allah, jangan kau palingkan hati kami,

setelah kau berikan hidayah kepada kami,

sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi.




dan saya tidak mahu hanya saya yang merasa,

saya mahu cahaya itu dirasai kawan-kawan saya juga.




kawan-kawan saya,

tidak pernah ada istilah terlambat untuk berubah.

kita semakin sedar,

kita semakin besar,

kita semakin faham.




kita hidup sekejap sahaja.

kenapa ingin mensia-sia,

dan akhiratlah negeri yang kekal abadi.




"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan dalam dirinya, Allah akan bagi kefahaman dalam bentuk agama

(Ad-Din) "




tak kisahlah siapa pun kita dulu,

jahilnya kita dulu,

noob nya kita dahulu,




Allah tidak akan pernah pandang itu,

kerana Allah itu Maha menerima taubat,

Allah kan Maha Penyayang.

 
"Tidak penting dari mana kita bermula, tapi yang penting di mana kita berakhir"

bila kita dah rasa syahdu,

sayu dalam hati,

rasa nak menangis dalam diri,

rasa nak menitis air mata bila baca tafsir surat cinta dari Allah,

rasa nak sujud lama-lama dalam solat,

mohon keampunan dari Allah,




bersyukurlah.

kerana Allah hadirkan perasaan itu.

Allah dah ketuk hati kita,

Allah dah sentuh hati kita untuk kita kembali kepada Allah.

kembali kepada fitrah,

sebagai seorang hamba.




:'(




sebak rasa di dada.

*tahan-tahan*

 


"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu, Rasulullah SAW bersabda :'Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah."

(HR. Muslim)
kemudian, istiqamahlah.

memang bukan mudah,

tapi sentiasa ingat,

Allah ada, sayangku.



sentiasa ingat Allah,

sentiasa baca Al-Quran,

sentiasa bergaul dengan orang-orang yang soleh,

:')



saya sayang kawan-kawan saya,

jom awak,

kita sama-sama buat baik,



saya nak sangat,

kita sama-sama pegang tangan untuk ke syurga di akhirat nanti,



kita sama-sama tau.

jadi sekarang,

kalau saya lupa,

cepat bangunkan saya balik.



kalau awak tersasar,

saya akan tarik awak balik.



kita nak sama-sama kan?

sebab,

saya betul sayang awak.

kerana Allah.



ukhwah itu lagi lagi lagi manis kalau

kita sama-sama ingat Allah, kan?

InshaAllah. <3


"Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mecintai dirinya sendiri"

(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)


~syukran iffah utk entry nie..smga kita menjadi lebih baik disisi NYA :')

Friday, January 18, 2013

kenapa saya suka program?

assalamualaikum
 
 
tadi rasa sgt nk tulis pasal program dan sy ni..
 
tp skg xberapa nk rasa lak.
 
hihih
 
so..nti la tulis..
 
 
save kat draft dulu ea.
 
*16.01.2013/17:23


OKAY..ARI NI RASA NK TULIS PLAK..

Kenapa saya suka prgram?
PROGRAM DAN NURFARAWAHIDAH..
hmm...bila ckp pasal program ni..dr zaman student lg..mmg aku suka join
kenapa?
haaa..meh sini nk bgtau
dgn menyertai program
anda akn dapatttt bykkkkkk mendaaaa
kalau
*ada syarat okay*
kalau anda NAK LA KAN
first
its based on ur NIAT
kalau niat tu nk BELAJAR
NAK TAMBAH PENGALAMAN
NAK BELAJAR CARA BERKOMUNIKASI
dan beberapa jwpn klise yg lain..*hihih*
anda akn dpat..
dgn niat dan tindakan anda sendiri la*nk org suap, dpt sikit ler*

kita kan kenal banyak ragam manusia
opss..sebelum itu, bukan bermakna
mereka yg x join program ni x kenal ragam manusia*ni soklan yg biasa aku dgr la kan*
tp..versi nya berbeza la..
kehidupan bekerja dan sebagai org biasa means harian kita berbezaaa yerrr....
kdg2 kita perlu sgt professional bila bekerja
walaupun ikut hati rasa nak maki marah dan sewaktu dgnnnya
bila berkerja a.k.a berprogram ni..kita akn belajar byk sgt ERTI SABAR
HAA..APAKAH MAKNANYA ITU
NANTIKAN DALAM entry seterusnya KENAPA SAYA SUKA PROGRAM VERSI II

hihihi..perasan ada org baca sungguh..hahhah

salam jumaat ^_^




NIKMAT itu DUGAAN



Assalamualaikum
 
jumaat yg pertama untuk bulan Rabiulawal 1434 ini..
6 Rabiulawal 1434
sekejap jer masa berlalu..rasa agak pack skit sehingga hari ke 18 dalam bulan januari ni..nk setle tugas hakiki
tugas x berapa nk hakiki
dan yg sewaktu dgnnya
agak mencabar..moga dimudahkan segalanya
 
banyak juga program yg terlibat utk awal 2013 ni..alhamdulilah blok aku menang agak besar jugak utk xtvt kolej*anjuran JPK* iaitu VOICE*variation of intelligence
xsgka sb mmg x expect pun
pengisian bg program Menyelusuri Perjalanan Mencari Tuhan yg telah disamapaikan
 oleh Bro Shah Kirit Kakulal Govindji
sgt memberi input yg berharga pd aku
betapa ISLAM itu sgt sempurna dan adalah yg terbaik utk kita semua
dan betapa bertuahnya kita memegang pasport itu sejak dr lahir
cuma kdg2 kebanyakan kita termasuk aku jua yg sentiasa alpa ini, sering terlupa akan nikmat yg tak terkira ALLAH beri pd kita
dek kerana terpegun dan seronok sgt dgn dunia yg hanya sementara ini
bila dgr pengalaman bro shah utk memeluk islam, rasa segan sgt sb kita yg mmg dah islam nie, bukan ada org nk marah pun kalau solat dan beribadah..tp kita yg kene marah sb
 tak beribadah adalah..kene suruh utk solat..kalau waktu kanak2 dulu mmg la leh marah2..kalau dah boleh jadik mak bapak budak??...hmmmm
bro shah berkongsi dgn semua yg dtg  ttg pengalaman memeluk islam dan betapa Islam itu agama sempurna dan ALLAH itulah Pencipta dan berkuasa ats segalanya
bersyukurlah kita kerana telah bergelar Islam..tp sebagai Muslim yg baik??
kene byk muhasabah diri lg ni..
solat kene jaga
aurat kene alert
dan akhlak..
sunnah RASULULLAH kene tahu dan amalkan
kerana dgn berpegang pd AL-Quran dan Sunnah, nescaya kita tak kan sesat selamanya
so, sejauh mana kita disitu..aku sendiri pun kene banyak check back..
 
kdg2 kita ni selalu lupa akan nikmat Islam yg telah ada pd kita
kita duk eksyen lg dgn dunia yg fana ni
lupa nikmat
lupa segalanya hanyalah sementara
dan aku teringt pula..dulu time aku studnt aku suka ckp NIKMAT ITU DUGAAN..
bila dah besar ni..aku dah jmpa word or term yg membawa kpd NIKMAT ITU JUGA DUGAAN IAITU ISTIDRAJ..
Istidraj ni nikmat yg ALLAH bg pd hambaNYA yg mmbuatkan hamba itu lg lalai dan kufur nikmat..maksudnya, org yg kaya, penuh dgn duit, harta dan kemewahan, dan rasa x cukup..minta lg, dan Allah bg..tp kekayaan itu hanyalah dunia shj krn ALLAH tidak akn mberikan kekayaan syurga pd golongan ini krn mereka telah kufur nikmat mewah dn kaya itu..
tidak beribadah kpd ALLAH
lupa pada tugas dn tggjwb sbg seorg hamba
dek kerana terlalu bersenang dan lupa diri bersama kemewahan yg telah dimiliki
nauzubillah..
 
maka, kita sbg hamba..perlu lah sentiasa beristighfar
memohon taubat
memohon keampunan
dr ALLAH
krn
kita mmg akan sentiasa buat silap
buat salah
tp..jgn sesekali
putus asa dgn rahmat ALLAH
pengampunan ALLAH
cuma
kita sbg hamba
perlulah bermujahadah dgn gigih
bg memohon taubat ini
krn bukan mudah utk U TURN
UTURN ke pangkal jalan bukan mudah
cuma ianya tidak mustahil juga..sobs:'(
ianya memerlukan mujahadah yg tinggi..
dan mohonlah kekuatan dan bantuan dr ALLAH
krn DIA sentiasa tahu apa yg kita rasa dan lalui
 
 
sekian.
salam jumaat.
  

Thursday, January 10, 2013

Last Minute-Maafkan Aku ost Setia Hujung Nyawa-with lyrics



~lagu ni best lak dgr..hihih...zaasss..*saje catchy skit^_^

NEW LOOK..TADAAAAA^_^

Assalamualaikum
 
 
okay..tetibe ari ni rajin nk menukar setting blog
 
 
try dulu tgk...ok x dgn tulisan ni
 
 
kalau x..nk ubah juga..
 
 
trial n error
 
 
heee..
 
 
okay..focus keje...
 
 
 
 
 


Friday, January 4, 2013

Jumaat 2013

assalamualaikum
 
 
okay..break jap..*break dgn blog, sb sarapan, xlalu maa*
 
alhamdulilah..dah 2013
 
syukur kerana ALLAH masih bg kita peluang utk menikmati nikmatNYA dan plg pnting peluang bertaubat dan memohon keampunan dari NYA..:')
 
ari ni jumaat pertama dalam 2013..bila ari jumaat jer..mula la dtg mcm2..huu..
 
 
2012
byk perkara terjadi dalam 2012
byk sgt
sgt
sgt
sehingga mengubah pndgn dan pemikiran dan juga focus aku dlm kehidupan ini
2012..tahun yg penuh cabaran, suka, duka, manis, kelat, pahit dan juga masam
aku mula kenal segala2 erti rasa itu pada 2012
byk sgt yg aku belajar
dan rasa malu dalam diri seorg hamba sgt bila tersedar
bahawa KASIH SYG ALLAH DAN CINTA ALLAH ITU MELEBIHI SEGALANYA
yup..mmg aku selalu ingt perkara ini, tp lain rasanya bila terkena dugaan hati dan pelbagai yg berkaitan
aku bersyukur krna ALLAH hadirkan dan berikan aku pengalaman sebegitu krn aku tahu ALLAH takkan menzalimi hambaNYA tapi
tapi hamba ini yg selalu menzalimi diri sendiri

hmm*tetibe rasa nk ckp menda ni*
 
SAYANG
SAYANG
SAYANG
syg dgn dia, syg dgn kengkawan, syg dgn semua org syg dgn mak, syg dgn family dan syg semua lah
syg yg mana satu ea sbnrnya
hmm..syg itu subjektif dan dpt dirasai dgn tindakan sbnrya
tp..konsep syg tu difahami dgn berbeza2
ada yg faham, syg itu perlu dibelai*walaupun x halal*
syg itu perlu ditunjukkan dgn wang ringgit*walaupun xde hak lgsg*
syg itu perlu dizahirkan dgn tindakan yg org lain x wat kita wat.
 
erm..pada aku..yup..mmg itu adalah normal respond dan mgkn aku sendiri pernah merasakan perkara begitu juga..cuma..bila tgk betul2..betul ke syg itu begitu??
mak sy syg sgt kt sy dan adik beradik..mak x mmpu nk bg umah mewah..pakaian mewah..kete mewah dan belai kami 24 jam utk menunjukkn rasa syg mak itu..tak de pun...tp kami semua cukup syg dgn mak...dan sy juga tahu mak sy syg giler kt kami semua
buktinya?
buktinya mak mendidik kami dgn ilmu agama yg sepatutnya kami ada
mak mengingatkan kami ttg kehidupan yg hakiki di sana
mak byk sgt bg kata2 nasihat dn teguran dan ingtan*terpulang pd kami dah utk ingt ke tak..tp mak mmg bg..so..sendiri mau ingtla kan..*
sbb..mak tahu
dan mak syg kami dunia akhirat..
ITULAH ERTINYA SYG SEBENAR..SYG YG MEMBAWA KITA KEPADA ALLAH
SYG YG MEMBAWA KITA KE JANNAH SANA
SYG YG MENJAUHKAN KITA DR AZAB NERAKA
KERNA
BUKAN SYG JIKA MEMBAWA KE NERAKA ITU
aku mmg bersyukur
sgt ats semua pengalaman 2012..takkan aku lupa pun smpai bila2..apa pengalaman itu..biarlah antara sy dan ALLAH semata..
 
Alhamdulilah atas nikmat 2013 ini
alhamdulilah ats 2012
semoga kita terus berusaha menjadi hamba yg lebih baik disisiNYA
sasaran kita ialah?
kehidupan sebenar selepas kehidupan yang sementara ini
ingtan keras ini adalah utk diri sendiri
tlg jgn lupa diri farawa
tlg jgn malas nk istiqamah
tlg..tlg berpaut teguh pd jalan ALLAH kerna hanya itu yg akan membawa kebahagiaan dan ketenangan yg hakiki..
 
in shaa ALLAH..segalanya akn bertambah baik nanti
ALLAH sentiasa ada, cuma kita shj yg kdg2 ingt, kdg2 lupa pada ALLAH :(
 
 
 

maka utk itu..ayuh kita berjuang dgn lebih gigih utk 2013 ini
...yeayyyy..azam 1 muharam itu jgn lupa lak naaa^_^
berjuanglah dgn bersungguh2 kerana ALLAH...bkn kerana makhlukNYA

 
 
p/s--saya dah bukak bracessss^_____________^
 pada 2jan2013*birthday wani lak tu..hehe*
*nti nk share lain pasal braces dan Twins of Faith yg super duper ohsem;)

*utk awk~semoga kehidupan awk lebih baik disisi ALLAH dan dilindungi ALLAH selalu..