Skip to main content

.................4

Assalamualaikum

sekadar perkongsian..yg mana pengisiannya aku temui dlm blog yg aku sentiasa nantikan entrynya..Allahseeker.blogspot.

sayu hati aku.;'(

Mereka kata aku ustazah kerana tudungku yang labuh dari tudungku yang sebelumnya.

Mereka kata aku 'alim kerana aku permergian aku ke usrah yang berkala pada setiap minggu.

Mereka kata aku warak kerana aku berstokin, ber'handsocks', berjubah.

Mereka kata aku solehah kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah & sebagainya.

Tetapi jauh di sudut hatiku,

mahu saja aku menangis sekuat hati bila terdengar bisikan-bisikan & suara-suara itu kerana aku tahu aku masih belum mampu mencapai tahap itu.

Sememangnya aku tahu kerana aku sedang bertarung dengan diriku sendiri.

ketahuilah bahawa ianya bukanlah mudah.

Hatiku, hanya Allah yang bisa memahami walaupun tak terungkap dengan kata-kata.

Aku masih & tetap akan terus merintih pada Dia kerana aku tahu aku masih berada di dalam lautan kekurangan.



Kadang-kadang aku tergelincir kerana jalan kehidupanku penuh dengan nikmat-nikmat.

Kadang-kadang aku terluka kerana jalan kehidupanku penuh dengan paku-paku kecil yang bertabur di tengah jalan.

Kadang-kadang aku terhantuk kerana jalan kehidupanku adakalanya terasa sempit.

Kadang-kadang aku terduduk sendiri kerana adakalanya aku kesunyian dalam meniti jalan kehidupanku yang aku sendiri tak tahu bila & di mana penghujungnya.

Ya Allah, moga mereka yang berada di sekelilingku berkehendak redha-Mu sepertimana jua aku.

Cintailah mereka-mereka yang aku cintai hanya kerana-Mu.

Aku begini bukan hanya untuk diriku tetapi untuk mereka jua.

Maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf. Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..

Aku dalam proses 'mengambil hati-Nya'.

Aku dalam proses 'mengetuk pintu hati-Nya'.

Aku dalam proses 'menggapai cinta-Nya'.

Aku dalam 'proses' menagih redha-Nya'.

Umurku hampir mencecah 21 tahun tetapi sepertinya tiada apa yang sudah aku lakukan.


Sebak hati tatkala aku terbayang,

bilakah waktu terakhirku.

dimanakah tempat terakhirku.

siapakah orang yang terakhir berada denganku.

dengan cara apakah aku mengakhiri cerita hidupku

Ya Allah, permudahkalah saat-saat, detik-detik

waktu terakhir kami di atas dunia yang penuh dengan tipu daya ini.

Aaamiin Ya Rabb..
 
~setiap kali aku melakukan kesilapan, hati kecil ku selalu berasa bersalah dan malu dgn apa yg telah aku lakukan..namun kerapkali aku tewas...sehingga pernah aku merasa malu utk kembali kepadaNYA..namun...itu hanyalah godaaan dan impian syaitan yg tidak suka akan kembalinya kita kepada Allah Yang Maha Penyayang..
Wahai diriku...sudah la...cukup..kembali dan istiqamahlah kembali dijalanNYA..tambahkan ketaatan...hindari maksiat...Ya ALLAH..hati ku rapuh ya ALLAH..Kau kuatkanlah hati ini...tiada yang lain melainkan Engkau Yang Maha Pengampun..:'(
 
 

Comments

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>   ...

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan ...

umur.jarak.= number??

assalamualaikum haaa.. ni nk kasik panas ke apa naik entry camni kan hihihi xde la juz cross in my mind selain yg first entry td ni adalah most thing yg sy pk juga hmmm kadang2 selalu gak tnya diri dan mak kenapa ea mak kenapa yg dtg kt kakngah ni yg umurnya boleh tahan la jauh beza*xnk ckp bape..hahahha* kenapa ea mak kenapa yg nmpk apa yg kngah ada ni yg mereka2 itu napa yg lain xnmpk sobs.. ok jwpn mak hmmmm..tgk la awk tu mcmana hahhahha kene dusshhhh depan muka tp mak mcm ok la kali ni so kira umur ni just number gak la kan hahhahha *tu assumption aku je* but actually umur itu mmg satu PERKARA PENTING sbnrnya yup mmg syg mmg suka mmg syg lah tp ada tapi ya kne realistik la sikit hidup kat dunia realiti BANYAK SIKIT skg yer la seme nk sweet je seme nk manis je seme nk ok je later on? owh negatif sangat kah sy? hahhahha haah mmg negatif dah hihihi tak la...sy sentiasa nk positif ...