Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian untuk muhasabah bersama
betapa ALLAH SWT sgt cintakan hambaNYA
bersama-sama lah kita kembali kepadaNYA dgn istiqamahkan hati kita..
betapa ALLAH SWT sgt cintakan hambaNYA
bersama-sama lah kita kembali kepadaNYA dgn istiqamahkan hati kita..
"Is your heart filled with something
else,
that you leave no space for Allah?
Where is Allah in your heart?
(Aiman Azlan)
that you leave no space for Allah?
Where is Allah in your heart?
(Aiman Azlan)
Allah SWT
berfirman:
"Mereka
itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara
(demi ilmu & agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat ma'ruf & mencegah
dari yang mungkar & yang memelihara hukum-hukum Allah.
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman."
Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman."
(At-Taubah,
9: 112)
Pernah tak kita
terfikir. Saat bila kita mula berkenalan dengan Allah?
Kalau ditanya,
mungkin ramai yang akan kata,
kita lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah.
kita lahir ke dunia ni mestilah terus kenal Allah.
Umur 5 tahun dah di
ajar Iqra'.
Umur 6 tahun di
ajar solat.
Umur 8 tahun mula
puasa penuh.
Jadi, dah lama la
kita kenal Allah ni. Tapi kalau di tanya, Allah tu macam mana?
Apa sifat-sifat Allah? Yang ada 20 tu.
Apa nama-nama Allah? Yang 99 tu belum tentu semua orang ingat.
Belum tentu semua orang hafal. Paling penting, belum tentu semua orang tahu.
Paling teruk, belum tentu semua orang benar-benar nak tahu.
Yang tahu, kenal Allah bila solat. Kenal Allah bila mengaji. Kenal Allah bila puasa.
Tapi, Allah kan ada di mana-mana. Tiap-tiap ketika.
Tak sedar ke Allah tu sentiasa ada?

Saya mula
berkenalan dengan Dia pada tahun 2009.
Haa? Baru 2 tahun??
Ye! Baru 2 tahun.
Haa? Baru 2 tahun??
Ye! Baru 2 tahun.
Habis tu, selama ni
tak kenal Allah?
Bukan tak kenal.
Kenal, tapi tak cukup kenal.
Bukan tak kenal.
Kenal, tapi tak cukup kenal.
Jadi, buat-buat
kenal je..
2 tahun tu jangka
masa yang cukup singkat. Kalau bayi, mungkin dah boleh jalan.
Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya & Dia. Cukup pendek.
Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti & yakin tentang Dia.
Tapi bercakap, pelat lagi. Macam tu la tempoh masa perkenalan saya & Dia. Cukup pendek.
Tapi, satu hal yang sangat-sangat saya kenal, pasti & yakin tentang Dia.
Allah ni kan...
TERLALU SWEET!
Takkan ada manusia
yang mampu jadi pendamping hidup yang terlalu setia setanding
Dia..
Tidak akan pernah ada..
Tidak akan pernah ada..
DIA beri
Kekuatan..
Kemana saya pergi,
Dia akan sentiasa di sisi.
Menemani diri tatkala keseorangan,
menemani diri tatkala kesedihan,
menemani diri tatkala kegelisahan,
menemani diri tatkala kesepian.
Menemani diri tatkala keseorangan,
menemani diri tatkala kesedihan,
menemani diri tatkala kegelisahan,
menemani diri tatkala kesepian.
Jadi, takkan pernah
rasa takut sebab Dia selalu ada disamping saya..
Selalu ada & tidak pernah sama sekali Dia tinggalkan saya sendirian..
Selalu ada & tidak pernah sama sekali Dia tinggalkan saya sendirian..
Terkadang bila nak
balik rumah dari tempat kerja, badan terasa sangat penat.
Berdiri 8 jam sepanjang hari, berkejar ke sana sini, nak drive balik rumah tersangat-sangat penat.
Ditambah dengan kesesakan jalan raya. Pernah sekali kat traffic light, sebab dah lama sangat tunggu,
bila bersandar kat tempat duduk, tak sedar terlena.
Nasib baik Dia kejutkan. Lampu dah hijau!
Walaupun dah ngantuk sangat, tapi Dia suruh kuatkan diri.
Alhamdulillah, selamat sampai rumah.
Makan, solat & tidur..

Terkadang pernah
balik seorang diri. Da pukul 11.30
malam.
Gelap gelita sudah. Sorang-sorang je.
Gelap gelita sudah. Sorang-sorang je.
Takut ke? Taklah..
Gementar je sikit.
Tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya =)
Tapi takpe, Dia kan ada. Dia akan sentiasa jaga saya =)
Allah kan Maha
Melindungi. Sweet kan?!
Dalam
'surat cinta-Nya'.
Dia
berfirman:
"Tidakkah
kamu tahu bahawa Allah memiliki kerajaan langit & bumi? Dan tidak ada bagimu
pelindung & penolong selain Allah."
(Al-Baqarah,
2: 107).
Banyak yang
terpendam di lubuk hati.
Terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang.
Tapi, ragu-ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian.
Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Dan terkadang, malu mengatasi segalanya.
Terkadang terasa nak meluahkan pada seseorang.
Tapi, ragu-ragu. Bukannya boleh dapat penyelesaian.
Dan terkadang ada kata-kata yang tak terluah. Dan terkadang, malu mengatasi segalanya.
Tapi pada Dia, saya
tak malu nak bercerita. Semua sekali & tiada yang
tertinggal!
Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Dia kata takpe.
Tak perlu ucapkan dengan kata-kata pun. Tak perlu susahkan diri untuk susun ayat.
Sebab Dia kata Dia dah tahu apa yang terpendam dalam hati saya tanpa perlu saya kata apa-apa. Subhanallah! Allah tu terlalu sweet kan!

Allah
berfirman lagi dalam 'surat cinta-Nya':
"Katakanlah,
" Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah
pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit & apa yang ada
di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu."
(Ali
'Imran, 3: 29).
Selalukan kalau
kita dengar cerita atau tengok kawan kita yang keluar dating tiba-tiba bawak
balik banyak hadiah. Teddy bear, kad yang comel-comel, bunga, baju, kasut &
macam-macam lagi!
Saya pun tak pernah dapat hadiah macam tu dari lelaki. Kesian kann?
Saya pun tak pernah dapat hadiah macam tu dari lelaki. Kesian kann?
Banyak! Pastu semua
orang mula la puji.
"Eh, bagus la bf
kau. Sweetnyeee!"
Cukup sweet dah?
Kalau yang bf tu sekadar guna duit loan, scholar, atau kerja nak belanja kita,
mesti akan ada tika masanya kita kena jugak guna duit sendiri. Paling-paling
duit tambang bas, teksi atau komuter nak keluar. Still! Duit kita akan kurang
jugak. Siapa yang berani kata duit dia tak pernah kurang walau 1 sen pun setiap
kali keluar? (Tapi sekarang 1 sen dah tak laku. Jadi, 5 sen la).
Tak cukup sangat
sweet tu sebab kan saya dah kata yang Dia lagi SWEET!
Kalau dengan Dia,
Dia sangat kaya raya. Duit-duit yang saya dapat, semua daripada
Dia.
Bukan saja duit, semua yang saya ada sekarang ni, semua Dia yang bagi.
Segala-galanya & tiada yang terkecuali. Amacam? Hebat tak Dia?
Ada ke manusia yang sehebat Dia? Pasti tiada!
Kadang-kadang, apa yang saya idamkan tu, hanya terdetik di hati & saya tak bersuara kat Dia pun untuk tunaikan hajat saya.
Tapi kannn? Dia tahu apa yang saya idam-idamkan, cita-citakan.
Dia bagi!
Alhamdulillah! Betapa sweetnye Allah tiada siapa yang mampu menandinginya..

Tapi kan, sebab Dia
sangat sweet, Dia tak bagi semua ni pada saya directly.
Nak tambahkan sweetness tu, Dia bagi melalui medium & wasilah lain.
Daripada ibu ayah, daripada sponsor saya & lain-lain.
Sebab kalau Dia bagi direct, Dia tahu saya akan segan & malu sebab saya tak ada apa-apa pun nak bagi untuk balas balik apa yang Dia dah berikan pada saya.
Subahanallah! Sweetkan Allah??

surat 'cinta-Nya',
Dia
berfirman lagi:
"Katakanlah
(Muhammad), " Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit & bumi, atau
siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran & penglihatan, dan siapakah
yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari
yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan?" Maka mereka akan
menjawab, "Allah." Maka katakanlah, "Mengapa kamu tidak bertaqwa
(kepadaNya)?"
(Yunus,
10: 31)
Manusia ni susah
nak mengaku salah. Paling teruk, susah nak meminta maaf.
Dengan Dia, saya
ada terlalu banyak kisah tentang kesalahan, kekhilafan, kesilapan &
keMAAFan.
Daripada mula saya
lahir, sampailah sekarang dah banyak kali dah saya sakitkan hati
Dia.
Dia kata jangan buat, saya buat jugak. Apa yang Dia suruh buat, saya tak nak buat.
Degil! Kalau dengan manusia, dah lama dah saya patut kena marah.
Tapi, Dia tak pernah marahkan saya. Dia sabar layan kerenah saya.
Sebab Dia tahu, masa tu saya tak betul-betul kenal Dia, saya tak benar-benar fahami Dia.

Jadi, Dia bagi saya
peluang lagi.
Ada yang mampu sabar setanding dengan Dia??
Ada yang mampu sabar setanding dengan Dia??
Tapi bila dah tahu,
bila dah kenal, terkadang tu tetap jugak saya ulang balik kesalahan yang
lalu.
Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik.
Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong...
Dia PASTI akan tetap maafkan saya.
Subhanallah, Dia terlalu Sweettt!
Tapi, dengan muka tak malunya, saya pergi minta maaf kat Dia balik.
Dan Dia... selagi roh masih belum ditarik ke kerongkong...
Dia PASTI akan tetap maafkan saya.
Subhanallah, Dia terlalu Sweettt!
Dia
berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Katakanlah,
Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa
semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Az-Zumar,
39: 53).
Keluh kesah. Resah
gelisah. Gundah gulana.
Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya.
Bila nak exam, kuiz, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview, bila nak pegi depan kelas untuk presentation.
Perasaan yang setiap orang pasti pernah merasainya.
Bila nak exam, kuiz, bila kena siapkan assignment, bila nak pergi interview, bila nak pegi depan kelas untuk presentation.
"Aku kalau ada
apa-apa masalah, aku tak kisah.
Kalau dengar je
suara dia,
hati aku mesti
tenang."
Kalau sesama
perempuan?
"Sesama perempuan
ni lain. Diorang tak faham sebab kita sama kan. Kalau dengan yang berlainan
"makhluk" ni, lebih mudah untuk saling memahami. Cas yang sama kan saling
menolak.
Bila cas yang
berlainan baru saling menarik." Err??
Tapi, bila
bergaduh...
"Benci betul la aku
dengan dia ni!
Dah banyak kali
call, tapi tak angkat phone pun! Dia yang buat salah, tapi dia pulak yang
merajuk.
Dah
la!."
A'ah, tenang la
sangat.
Paling tak best,
bila perempuan yang marah, si lelaki ni pun ikut merajuk sekali.
Aduyaii, bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik.
Come on la Bro! Tak sweet punnn!
Aduyaii, bukannya nak pujuk. Perempuan pulak yang kena pujuk balik.
Come on la Bro! Tak sweet punnn!
Tapi kalau dengan
Dia, tak pernah ada kes main tarik-tarik tali ni.
Sebab yang pasti, Dia takkan pernah merajuk dengan saya walau apa pun yang saya buat.
Dan setiap kegelisahan, kesedihan, kesulitan, Dia pasti sentiasa menemani saya, mengurangkan bebanan perasaan. Dan takkan pernah berhenti. Subhanallah!
Siapa yang mampu tandingi kehebatan si Dia? Tiada sama sekali!

'surat cinta' itu lagi,
Dia ada
berfirman:
"(yaitu)
orang-orang yang beriman & hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi
tenteram."
(Ar-Ra'd,
13: 28).
Yang Pasti, Dia pun
Rindukan Saya Jugak!
Allah ni sweet. Dia
bagi saya banyak sangat nikmat yang takkan mampu saya hitung. Tapi
itulah.
Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa. Aku selalu sangat lupa..
Dah pun namanya manusia. Yang bermaksud pelupa. Aku selalu sangat lupa..
Dia
berfirman lagi:
"Mereka
(yang disembah itu) menjawab,
Mahasuci
Engkau, tidaklah pantas bagi kami mengambil pelindung selain Engkau, tetapi
Engkau telah memberi mereka & nenek moyang mereka kenikmatan hidup, sehingga
mereka melupakan peringatan;
dan
mereka kaum yang binasa."
(Al-Furqan,
25: 18)
Ada ketika saya
buat tak tahu je dengan Dia. Dia sentiasa ada je kat sisi. Tapi terkadang saya
tak layan pun Dia. Tapi, Dia tetap jugak bagi saya macam-macam nikmat. Saya
pulak tak berterima kasih pun kat Dia. Sebab bila saya terlalu leka denagn apa
yang saya milik,
saya lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu walaupun saya tak pernah minta pun.
saya lupa bahawa Dia yang sebenarnya bagi kat saya setiap sesuatu tu walaupun saya tak pernah minta pun.
Teruk kan saya?
=(
Tapi, Dia sangat
sweet...
Dia pun rindu saya
jugak. Dia nak saya ingat kat Dia. Dia nak saya sebut nama Dia.
Dia nak saya minta tolong pada Dia. Sebab kalau boleh, Dia memang nak bagi semua benda yang saya mintak on the spot! Tyme tu jugak Dia boleh bagi.
Tapi ada yang Dia hold on dulu. Sebab Dia nak saya dapat yang lagi BEST! Lagi SYOK!

'surat cinta' itu,
Dia ada
berfirman:
"...Tetapi
boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu & boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah,
2: 216).
Jadi, bila Dia dah
mula rindukan saya, Dia bagi ujian. Dia bukan nak susahkan saya.
Tapi sebab Dia nak tahu, betul ke saya cintakan Dia? Kat bibir kata cinta, tapi kat hati macam mana?
Dan paling penting, Dia nak saya ingat kat Dia. Sebab Dia sangat-sangat rindu kat saya.
Jadi bila diuji, saya rasa sedih, saya rasa payah, saya rasa sakit. Saya mesti nangis!
Tapi, bila macam ni, satu kata yang pasti saya sebut.
Dan saya sangat pasti bukan hanya saya, tapi kita semua pasti akan sebut...

Ya
Allah!
Allahuakbar!
Dan Dia pasti akan
gembira. Sebab kita dah ingat Dia balik. Rindu yang terlerai...
Dia
berfirman lagi dalam 'surat cinta' itu:
"Maka
ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu..."
(Al-Baqarah,
2: 152)
Dia sangat memahami
saya. Betul, Dia sayang saya.
Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba..
Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba..
Jadi setiap orang
dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Semua orang nak
yang terbaik untuk kebahagian dunia & akhirat. Saya pun! Dan Dia tahu saya
nakkan yang terbaik.
Tetapi, Saya tidak dambakan kesempurnaan yang hakiki pada dirinya sebab saya pun tidak sempurna & penuh dengan kekurangan. Cukuplah kami terus & terus berusaha untuk tampak sempurna di mata-Mu,
Ya Rabbi Ya Mujiib Ialhi..
Yang penting, saya kenalah berusaha dulu dari sekarang untuk berada dikalangan mereka yang solehah. Moga Allah kurniakan saya cinta yang mampu menjadi pendayung yang boleh membawa saya kepada cinta yang Hakiki iaitu, cinta Ilahi yang abadi hingga ke syurga..
Hanya doa saya kepada-Nya yang menjadi wasilah dalam mencari secebis kekuatan untuk memelihara saya & juga dirinya dari ujian & mehnah di usia alam keremajaan ini. Aamiin Ya Rabb!

"...
sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik &
laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur,
24: 26)
Saat itu, takkan
pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat.
Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Awak dah berkenalan
dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan
awak takkan pernah sedar yang Allah itu sweet!
Thank you
Allah!
Dia
berfirman lagi:
"Allah
tidak akan menyiksamu,
jika kamu
bersyukur & beriman. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha
Mengetahui."
(An-Nisa',
4: 147)
Penulis:
Fakhriah
Ramli
Sources:
Allah SWT
berfirman:
"..Dan
sungguh, negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang yang bertaqwa. Tidakkah
kamu mengerti?
(Yusuf,
12: 109)
Jika kau mahu hati sentiasa hidup
& tidak kesepian dikala keseorangan,
cintailah & bergantunglah pada
yang tidak akan pernah mati, Allah :')
**sharing from : http://allahseeker.blogspot.com/2012/03/dia-cintakan-aku.html
**utk saudari yg disegamat tu ea:)
Comments
Post a Comment