PERKONGSIAN DR BLOG ^_^
Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.
Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
Kan sayang?
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
Malu tak sayang?
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
Bukankah Allah melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhrim? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu.
Astaghfirullalazim.
Wahai wanita yang disayangi Allah..
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
Masih belum terlambat untuk berubah.
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
Masyallah.
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.
**Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh rahadatul aisy. Semoga memberi manfaat kepada semua
*Bersyukur terjumpa artikel ini..terima kasih ALLAH..semoga kita semua mendapat manfaat dr perkongsian artikel ini..lepas ni nk share buku yg dibaca pulak^_^
*untuk awk:
semakin awk berkata begitu, semakin sy yakin dgn apa yg sy buat..sy tahu awk tgh xjumpa lg tu...xpe la awk..jika awk rasa sy salah..xpe lah..sy mmg byk silapnya..
cuma sy harap awk pegang janji awk padaNYA...semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH selalu
~artikel ini mmg sy nk awk baca..harap awk dpt baca suatu hari nti :')
Comments
Post a Comment