Ana.
Akhi.
Enta.
Antum.
Errgghh. Rimas Syakur dengan bahasa-bahasa Arab celup
sebegitu. Hallo, kalau nak cakap bahasa Arab, belajarlah betul-betul,
cakaplah molek-molek. Baru kelas! Ini..? Ppffftt.
Syakur yang pernah belajar di sekolah agama dari
tingkatan satu hingga tiga itu pon, tidak terasa seperti mahu berbahasa Arab.
Tiada selera. Inikan pula mereka yang sekolah sekular, sekolah bandar dan
sekolah pintar, yang baharu setahun jagung ikut usrah, melalui tarbiyah, sudah
gatal lidah mahu berbahasa Arab. Ceh.
"Akhi Syakur... Enta ok ke
ni..?"
Tegur Hannan, rakan seusrahnya. Tangannya diletakkan di
atas paha Syakur.
Muntah.
"Err.. Aku ok je bro.
Apsal..?"
Awkward.
"Takde apa. Nampak enta macam resah semacam
je."
Hannan mengukir senyuman dan mengalihkan
tangan.
Lega.
Ketika itu sesi usrah sedang dijalankan. Murabbi
mereka, Adli sedang khusyuk menyampaikan tafsir surah
az-Zukhruf.
Syakur di kala itu sedang bersiar-siar di menikmati
pemandangan piramid Giza. Kemudian dia ke San Paulo pula, sebelum terbang
menikmati binaan hebat Machu Picchu. Fikirannya menerawang. Fokusnya hilang,
melayang.
Tidak berminat.
Entah, hari itu dia merasakan usrahnya kering. Tidak
bermaya. Lesu. Walhal Adli begitu bersemangat bercerita pada hari itu. Ahli-ahli
surahnya yang lain - Azraie, Nazri, Hannan, Musalman dan Qatadah - semuanya
nampak ceria dan penuh teruja.
Hanya dia sahaja yang tiada daya. Agaknya sebab itulah
Hannan menegurnya tadi. Raut wajahnya telah mengkhianatinya
mungkin.
"Ok ikhwah. Aaaahh.. Apa pendapat antum tentang ayat
dua hingga empat..? Kenapa agaknya al-Quran ni diturunkan dalam bahasa
Arab..?"
Syakur tersentak. Lamunannya hilang, lebur bersama
angin sepoi yang bertiup.
Ish macam tau-tau je Abang Adli
ni..
Masing-masing pon pantas memberikan pendapatnya. Ada
yang mengatakan kerana bahasa Arab itu adalah bahasa ahli sorga. Ada yang tegas
dan yakin menerangkan kehebatan bahasa Arab yang tiada tandingannya. Ada juga
yang secara bersahaja berkata, memandangkan Nabi adalah orang Arab yang
diturunkan kepada bangsa Arab, maka secara logik akalnya, pastilah al-Quran itu
dalam bahasa Arab.
"Syakur..? Apa pendapat anta
pula..?"
Tiba giliran Syakur. Dia menelan air liurnya. Dia
langsung tiada minat atau hasrat untuk menyampaikan
pendapat.
Dia membetulkan duduknya. Lama juga dia sepi tidak
bersuara. Semua ahli usrahnya memandang padanya, mengharapkan akan ada sesuatu
yang keluar daripada mulutnya.
"Saya... Uhm. Entah. Jujurnya, saya pon tak tahu
kenapa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. I mean.. Memang betullah apa yang
korang semua cakapkan tadi. Betul, saya setuju je. Cuma.. Kalaulah Islam itu
rahmatal lil a'lamin, untuk semua orang, kenapa Allah nak ekslusifkan al-Quran
tu dalam bahasa Arab..? Saya.. Tak faham."
Semua ahli usrah terdiam. Tidak mereka sangkakan itu
yang akan keluar daripada mulut Syakur.
"Macam kita ni.. Kenapa sibok-sibok nak berana-anta
ikhwah antum bagailah. Ish. Dah kita ni orang Melayu, kenapa tak boleh nak cakap
bahasa Melayu je..? Apa masalahnya dengan aku-kau, saya-awak..? Mesti ada sebab
Allah jadikan kita orang Melayu en..? Kalau bukan orang Melayu nak berbangga
dengan bahasa sendiri, siapa lagi..??"
Adli tersenyum. Hannan ternganga. Qatadah menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Azraie dan Nazri hanya memandang karpet, mengira
pintalan benang yang terkeluar agaknya. Musalman pula statik, tiada
perasaan.
"Bagus point enta tu
Syakur.."
Adli bersuara.
Enta lagi. Ish.
"Dulu ana pon pernah ada persoalan yang sama. In
fact, exactly the same. Lama jugaklah untuk ana terima. Tapi akhirnya ana faham.
Dan ana betul-betul faham sampaikan ana rasa rugi kalau tak berana-enta semua
tu."
Syakur merenung murabbinya itu. Menantikan jawapan yang
bakal memuaskan hatinya.
"Of course, dalam al-Quran Allah sebut banyak
kelebihan bahasa Arab ni. That goes without saying. Dan ana pon tak perlulah kot
nak cerita panjang-panjang.
"Sebenarnya takde sebab pon untuk kita cakap bahasa
Arab. Nak kata bahasa ahli sorga, tiada dalil yang sahih yang boleh membenarkan
dakwaan tu. In fact, the only logical reason kenapa al-Quran turun bahasa Arab
adalah sebab ia diturunkan pada Nabi Muhammad, yang juga seorang Arab. Samalah
macam Taurat yang diturunkan dalam bahasa Ibrani dan Injil dalam bahasa Aramaik,
sesuailah dengan keadaan ketika mana kitab tu
diturunkan."
Ok, he is making sense. Detik Syakur. Dia
merapatkan silanya pada murabbinya itu. Berminat.
"Tapi.. This is where it becomes very interesting.
Sebab kita nak chenta pada Nabi. Kita nak jatuh chenta pada para sahabat. Kita
nak rasa apa yang pernah mereka rasa. Oleh sebab itu, kita kena faham al-Quran
sebagaimana yang mereka faham. Dan kalau nak faham al-Quran sepertimana yang
mereka faham, nak jatuh chenta pada perjuangan mereka, nak berguling-guling
penuh kechentaan dengan apa yang mereka bawa, then, suka atau tak, kita kena
belajar bahasa Arab. Sebab apa yang kita faham dalam terjemahan dan tafsir dalam
Bahasa Melayu tu, alahai, seciput je dari maksud dia yang sebenar.
Cair..."
Syakur mencelah. Tidak sabar.
"Tu saya faham bang.. Dan saya setuju je kita kena
belajar bahasa Arab untuk faham al-Quran. Tapi, perlu ke kita berana-enta semua
tu bang..? Part tu yang saya tak boleh nak terima tu.."
Adli tertawa kecil.
"Anta nak tahu kenapa ana lagi suka berana-anta,
berakhi bagai dengan antum semua? Daripada guna saya-anda atau aku-kau dan
sebagainya..?"
Syakur mengangkat keningnya. Ahli-ahli usrah lain turut
menunjukkan minat.
"Sebab lagi kool..?" Celah
Azrai'e.
Adli tersenyum.
"Haah. Sebab dia sumpah kool dan
bergaya..!"
Syakur membuka mulut, mahu memprotes.
Syakur membuka mulut, mahu memprotes.
"Op op, ana tak habis lagi. Rilek la bro, isap okok
dulu. Haha.
"Sebab ana-anta ni lebih daripada sekadar saya dan awak. Akhi tu, lebih daripada saudaraku. Antum, maknanya lebih daripada kalian semua.."
"Sebab ana-anta ni lebih daripada sekadar saya dan awak. Akhi tu, lebih daripada saudaraku. Antum, maknanya lebih daripada kalian semua.."
"Maksud abang..?" Tanya Musalman, kini lebih
berperasaan.
"Entah. Susah nak explain dengan perkataan. Mungkin
itu kehebatan bahasa Arab ni. Tapi bila cakap ana-anta ni.. Dia.. Uhm.. Macam
ada ruh. Macam ada unsur kasih-sayang kat situ. Bukan kasih-sayang yang
calang-calang, tapi kasih-sayang keranaNya. Samalah macam akhi. Akhi tu adalah
saudaraku di atas jalan dakwah ni. Bukan sekadar saudara seaqidah, tapi saudara
seperjuangan dalam satu barisan.
"Sebab tu Allah sebut orang-orang mu'min tu
bersaudara. Allah guna perkataan 'Ikhwah' dalam ayat tu. Itu je satu-satunya
perkataan ikhwah yang Allah guna dalam al-Quran. Sangat special. Sebab hanya
orang-orang beriman je yang layak menggunakan perkataan ikhwah. Sebab
persaudaran mereka adalah berasaskan keimanan. Persaudaraan mereka adalah
berdasarkan kechentaan kepada Allah. Chenta yang benar. Tulen. Original, bukan
cetak rompak. Hehehe.."
Beberapa orang ahli usrah tersengih. Syakur masih asyik
mendengar.
"Jadi bila ana cakap ana-enta, akhi dan sebagainya
tu, maknanya.. Ana sangat kasih pada antum. Maknanya, ana nak jadi saudara antum
yang sama-sama berjuang atas jalan ni. Susah senang kita tanggung sama-sama.
Kita kongsi ketawa dan duka. Maknanya, ana nak kita semua jadi orang yang
beriman, agar nanti di akhirat kita dapat masuk sorga
sama-sama.
"Dengan kata lain ikhwah.. Ana uhibbukum fillah. Ana
benar-benar chentakan antum kerana Allah."
Sodaqallahul adzim. Adli tersenyum. Puas. Dia memandang
tepat mata setiap anak usrahnya. Mengharapkan wajah dan anak mereka akan memberi
jawapan balas.
Sampai pada wajah Syakur, dia berhenti. Lama
ditenungnya wajah anak usrahnya itu, hingga merah padam wajah Syakur dibuatnya.
Segan.
Syakur tunduk, memandang karpet berwarna-warni itu.
Jari-jemarinya menggaru-garu permukaan kasar karpet itu.
"Bagaimana Kur..? Ok ke..?"
"Err... Ok kot. Jazakallah kher bang. Ana.. Ana dah
faham sekarang."
Syakur mengangkat wajahnya, memandang Adli. Matanya sedikit berkaca.
Ana..?
Syakur mengangkat wajahnya, memandang Adli. Matanya sedikit berkaca.
Ana..?
-gabbana-
Khas buat ikhwah yang amat saya chentai keranaNya di
luar sana. Moga perhubungan ini akan kekal berbara di atas jalanNya yang mulia
ini. Moga kita akan bertepuk-tampar gembira di tepi sungai indah nan pesona, di
sorga sana, abadan abadaa.
**ermm...memula tu rasa jugak apa yg syakur tu rasa..tp..bila baca ni rasa mcm nampak sedikit pencerahan nya...cuma..apa2 pun...kita kene juga tgk tempat dn persekitaraaan...:)
cuma, mmg rasa lain pun bila guna ana-anta ni, ras terjaga lebih sikit pun ada..
tapi
xde la nk kata yg xckp ana-anta-anti ni x bagus..tidak...cuma ianya ada cdgn yg kita boleh lihat kpd pencerahannya dimana...
moga ianya bukan sekadar dipanggilan shj, tetapi biarlah ianya juga pada hati dan tindakan
panggil lah ana ke, anta ke, anti ke, tp jika kita tidak mengatakan apa yg dikatakan, maka, ianya juga tidak kemana..pointnya adalah usaha ya..
BAIK itu kan proses yg berterusan
lets together2 jadi BAIK ^_^
~mood:membaca smbil makan char kuew tiaow biznes week :)
Comments
Post a Comment