Telah bersabda junjungan kita yang mulia lagi terchenta, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. adanya, termaktub dalam riwayat sahih oleh Imam Muslim:
"Jika
anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara;
sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa
kepadanya."
Ya, sumber saham-saham sorga kita setelah kita mengucapkan oktengsbai kepada dunia yang fana ini.
1) Sedekah jariyah, yakni harta kita yang disedekahkan untuk amal kebaikan
2) Ilmu yang bermanfaat, yang dikongsikan dan diamalkan oleh orang yang mendengarnya daripada kita
3) Doa anak yang soleh
Tahukah
anda, ketiga-tiga jenis saham ini mudah dan pantas diperoleh apabila
anda bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah?
Oh
tak usah garu kepala anda yang tidak gatal itu, tanda anda tidak
percaya. Ijinkan saya untuk menjelaskannya secara penuh bergaya. Ewah!
Untuk
(1), agak lurus ke hadapan. Segala tok nenek harta yang anda infaqkan
untuk kepentingan tarbiyah dan dakwah, insha Allah manfaatnya akan terus
anda nikmati meski jasad anda sudah bersemadi di dalam liang lahad.
Wang
yang anda sedekahkan untuk ikhwah di kawasan X untuk membantu mereka
dalam membiayai kerja-kerja dakwah mereka. Anda bayangkan, setiap orang
yang berjaya mereka tajmik (kumpulkan) hasil daripada sumbangan anda,
kemudian mereka bersemangat pula untuk menyebarkan syahadatul haq,
pergh, berapa banyak pahala yang akan anda peroleh?
Atau
wang yang anda infaqkan agar ikhwah dan akhawat di negara Y dapat
membeli kuda dakwah mereka sendiri, agar mudah untuk mereka ke sana dan
ke mari melakukan konspirasi tarbiyah mereka. Bayangkan, setiap roda
yang berpusing untuk menuju destinasi dakwah mereka, setiap kali itu
juga anda akan peroleh ganjarannya. Walaweh!
Atau
anda bayarkan tiket penerbangan ostad atau ostajah, ikhwah atau
akhawat, yang diperlukan untuk membantu tarbiyah dan dakwah di negara Z.
Bukan sekadar itu, anda bekalkan juga mereka dengan wang perbelanjaan
yang mencukupi agar mudah untuk mereka bergerak di negara Z. Nah, anda
bayangkan, untuk setiap jiwa yang dibasahi dengan taujihat oleh ostad
ostajah atau al-akh al-ukt tersebut, berapa banyak saham yang akan anda
kutip? Bayangkan pula, mereka ini terus-menerus, istiqamah dalam
kerja-kerja tarbiyah dan dakwah mereka, sebahagiannya berpunca daripada
taujihat membara yang disampaikan oleh ostad ostajah atau al-akh al-ukth
tadi. Pergh, itu epik!
Meleleh air liur beb.
Untuk
(2) juga agak lurus ke hadapan. Sebagai seorang murabbi yang membawa
bulatan gembira, atau muwajjih yang menyampaikan perkongsian atau
ceramah yang membara dan menerbangkan tudung labuh di
konferens-konferens riang, sudah pasti berlambak ilmu-ilmu yang
bermanfaat yang telah anda kongsikan.
Dari sekecil-kecil ilmu seperti kebaikan dan manfaat mengukir senyuman manis nampak gigi setiap masa dan ketika, kepada sebesar-sebesar ilmu seperti makrifatullah dan kaedah-kaedah berkesan dalam menyampaikan dakwah, semuanya itu dikira bermanfaat dan akan menjadi saham-saham sorga anda di akhirat kelak.
Apatah lagi apabila ilmu yang anda kongsikan diamalkan secara terus-menerus dan konsisten oleh mereka yang mendengarnya. Kemudian mereka sebarluaskan pula ilmu yang telah anda sampaikan itu. Wahai, tidak terbayang beribu-ribu lemon pahala yang bakal anda kutip dan laburkan dalam Amanah Saham Sorga di akhirat kelak! Ohoi!
Bagaimana pula dengan (3)? Doa anak yang soleh?
Oh kami tahu Inche gabbana! Ia bermakna, kena kahwin dengan akhawat berapi agar dapatlah memperoleh anak-anak yang comel lagi gebu yang sama-sama bersemangat di atas jalan dakwah ini! Kan kan kan..??
Err. Pandang kiri. Pandang kanan. Tangan letak di dada, mata terkedip-kedip.
Boleh jadi begitu. Mata pandang ke atas.
Tetapi ada suatu tafsiran yang cukup menarik tentang frasa 'anak yang soleh' dalam hadith tersebut. Hadith tersebut menggunakan perkataan 'Waladun soleh' yang tidak membawa maksud anak kandung. Seandainya anak kandung yang dimaksudkan dalam hadith tersebut, sudah pasti perkataan 'Banin soleh' yang digunakan.
Jadi apa implikasinya apabila perkataan 'waladun soleh' yang digunakan?
Seorang murabbi di Indonesia memberikan makna yang cukup hidup dan menarik kepada penggunaan frasa ini. Katanya, ia juga boleh membawa maksud anak-anak usrah yang disentuh, dibina dan diacu oleh para murabbi dan murabbiah.
Mulut ternganga.
Masha-Allah! Anda tahu apakah maksudnya ini...??
Berlari-lari pantas keliling kampung buat muka penuh tak percaya, seperti mahu menyebarkan berita paling gembira abad ini.
Ia bermakna, peluang untuk mendapatkan sumber saham sorga yang satu ini terbuka luas pintunya. Kini, selain daripada sedekah jariyah dan ilmu yang bermanfaat, anda juga boleh mendapatkan doa anak-anak yang soleh meski anda tidak berkahwin lagi.
Ehem.
Lagi ramai hadek-hadek bulatan gembira yang berjaya anda perdayakan dan jerat, arakian lebih besarlah peluang untuk anda didoakan. Lebih banyak jiwa-jiwa yang tersentuh hasil tarbiyah di dalam bulatan yang cukup menggembirakan dan mengasyikkan, sayugia lebih tinggilah peluang anda untuk didoakan oleh 'anak-anak' soleh yang terhasil. Dan lebih banyak bulatan gembira yang anda bawa dan pimpin, lebih banyak jugalah doa-doa yang akan mengalir kepada anda usai anda meninggalkan dunia yang fana ini!
Wah! Wah! Wah!
Kini saya lebih bersemangat untuk menjadi murabbi agung kembang kempis hidungnya, untuk mentarbiyah dan menyentuh sebanyak-banyaknya jiwa di luar sana! Kini tekad saya lebih membara untuk menarik lebih ramai manusia di luar sana bersama-sama dengan gerabak ini! Kini mata saya lebih bersinar-sinar untuk saya bawa sebanyak-banyaknya bulatan gembira, tanpa mengenal erti lelah dan putus-asa!
Kerana saya mahukan doa anak-anak yang soleh yang tidak berhenti-henti mengalir kepada ruh saya di alam barzakh nanti! Kerana saya mahukan mahligai yang bercahaya terang di alam kubur nanti! Dan kerana saya mahu mengatakan dengan penuh gembira dan bergaya sambil buat-buat terkejut di Mahsyar nanti, "Eh, mana datang pahala aku banyak-banyak ni...??"
Osemness.
Lah, tunggu apa lagi tu...?? Ayuh kita perbanyakkan infaq kita di atas jalan dakwah ini, kita sebarluaskan ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk mengajak orang kembali kepadaNya dan sentuh hati-hati di luar sana dengan penuh riang gembiranya! Kerana semuanya itu adalah pelaburan kita untuk saham-saham sorga!
Hoyeah. Buat tanda aman sambil tersenyum penuh kebahagiaan.
-gabbana-
Terasa tamak pula, mahu menyentuh sebanyak-banyaknya hati di luar sana! Wahahaha gelak keji watak jahat dalam cerita adiwira. Eh.

#okay
baca entry ni smbil senyum tanda kebahagiaan sgt
hahahha
aduyaii
bro
mmg ohsem la
sgt ohsem
mmg selama ni
ini la sy rasa dan antara sbb tidak pernah putus asa utk berprogram walaupun dihina oleh insan yg pernh sy sygi..*ehh..luahan perasaan pulak..hahha*
okok
maka, sy rasa, yup!!this is.
correct
so..teruskanlah farawa weh
hahahhah
bersemangat betul
semngt2 juga..jgn smpai lupa niat pulak
haaaa..itu pesanan penaja utk diri sendiri ya
bila wat something, mmg kene RESET byk kali kt diri supaya buat ni utk ALLAH dan nk memberi saham sorga itu
pelaburan yg sendiri mmpu buat
moga ianya tidak bercamporbaur dgn yg tidak baik
diri ini juga manusia biasa
bisa melakukan kesilapan dan kekhilafan
moga kalian yg menyanyangi sy tidak jemu dan tidak lokek utk memberi lempangan2 hebat di diri ini
*walaupun mmg ada pelempang tegar dlm life ni..hahha..xpe..kasik sbr je dgn dia*
ok
itu shj
semoga perkongsian ini bermanfaat
skg saya mcm tahu juga
kenapa sy dipertemukan
dgn kalian-kalian semua
setiap seorg drp kalian yg pernah dtg dlm hidup sy
bukanlah kebetulan..tp itulah yg terbaik utk sy
semoga kita semua ditetapkan hati krnNYA
*senyum smbil wat tnda aman*
Credit to:angelpakaigucci yg ohsem.moga sentiasa dilindungi ALLAH walau dimana shj inchi gabbana berada:)
Comments
Post a Comment