Skip to main content

lagi lagi soal kahwin~

KOMEN CERITA VIRAL SUAMI CURANG DENGAN JANDA KERANA ISTERI DAH TAK MACAM MASA KAHWIN.

Ini trend semalam. Bersepah juga dalam newsfeed cerita suami curang kerana isteri walaupun baik tetapi sudah tidak cantik seperti dulu-dulu mereka berkahwin. Ada pula monyet yang setuju dan menyokong lelaki spesis yang sama (monyet juga) itu. Boleh pula alasan itu jadi lesen zina. Apa dah jadi?

Dulu masa kahwin, sama-sama ketat, sama-sama garing, sama-sama cantik, sama-sama memuaskan hati satu sama lain. Jika buat video kahwin tu sikit punya romantik lagi. Lepas dah kahwin dan anak beberapa orang boleh pula sorang sahaja yang jadi tua, yang lelaki boleh maintain muda. Ini semua kahwin kerana lubang. Kalau kahwin kerana Agama insyaAllah tak jadi macam ini. Rasakanlah sentimental value dengan isteri kita kerana dulu kita dapat dia brand new koyak plastik lagi. Masa kita dapat isteri tu, masa tu kita pun taklah kaya mana, sengkek juga. Isteripun bersabarlah dengan suami seadanya. Tapi bila suami dah naik market value, dia boleh buang sahaja isteri yang dah bersusah payah.

Kalau nikah lagi satu pun dah boleh jadi perang, inikan pula terlanjur. Tapi kalau dah sampai 6 tahun terlanjur sebenarnya perkataan TER itu sudah tidak sesuai. Yang sesuai ialah MELUNJUR.


Isteri yang kita nikahi yang menjaga kehormatannya kepada kita semasa penyerahan dengan maharnya, mulanya itulah yang terbaik untuk refleks kehebatan seorang suami membentuk dan membimbing. Selepas berkahwin, yang baru itu dilanyak sampai lunyai. Perut yang dulu tegang dah jadi macam kulit limau kerana dari situ telah mengandungkan anak-anak dari benih lelaki itu sendiri. Bila dah tak cantik pandai pula cari yang tegang dan ketat. Kalau itulah konsepnya, nanti yang tegang dan ketat itu juga akan kendur dan jantan begini akan berpindah cari yang lain juga.

Kalau isteri itu kerjanya melayan nafsu sahaja, bila mahu boleh dapat dan tak perlu beranak, tak perlu menyusu anak, tak perlu memasak, tak perlu mengemas rumah, tak perlu nak jaga makan minum laki, tak payah nak menjaga suami, tak perlu nak bekerja tolong cari rezeki barulah boleh isteri kita tu ketat dan anjal sepanjang masa. Yang komplen isteri dah tak tiptop tu tengok juga diri sendiri adakah masih tiptop atau sudah masuk level second hand high mileage.

Kahwin manusia bukan macam kahwin lembu. Lembu tu bolehlah main tenggek mana-mana dia suka. Tapi dia itu lembu lah. Sebab itulah surah Al-Baqarah (lembu betina) tu Allah hentam kita 3 juzuk terus. Nampak betul manusia orang yang masih banyak berperangai seperti lembu lagi. Lembu makan, lembu cari makan, lembu tidur dan lembu juga mengawan dan lembu akan mati akhirnya.

Maka, jika begitulah hidup lelaki itu, sama sahaja dengan lembu. Jangan kahwin macam kahwin lembu, nikahi isteri kerana Allah.


Saya tak pandai nak sekolahkan orang macam ini. Jika saya kenal dan dia sedang melintas jalan saya akan buat-buat terlanggar dan tergilis dan saya akan pastikan ia kelihatan seperti satu kemalangan.
SAIFUL NANG


***********************************************************************************

win!
sedih
sebak
haisshhhhh

padahal im not into that club yet
sorry
emotional lebih bila bab mcm ni T_T

astagfirullah
mmg sedih dan pasti perlu tembak doa lebih lagi
sy tak tahu nk komen apa dah
sb dah ckp kt post sebelum ni

namun begitu
sy lebih suka utk berkongsi
dan mengambil semua ini sebagai pengajaran
terutamanya buat diri sy
yg mahu jalan jauh ini

sebak baca sb rasa mcm
ya ALLAH..ntah
mmg menusuk betul saiful nang ni tulis
betul
kerna itulah
ILMU perlu ditambah baik dan perlu diamalkan

so!
next
ACTION please!

yoshhhh!

#terjumpadannkckpbykktbloglakan

Comments

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>   ...

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan ...

umur.jarak.= number??

assalamualaikum haaa.. ni nk kasik panas ke apa naik entry camni kan hihihi xde la juz cross in my mind selain yg first entry td ni adalah most thing yg sy pk juga hmmm kadang2 selalu gak tnya diri dan mak kenapa ea mak kenapa yg dtg kt kakngah ni yg umurnya boleh tahan la jauh beza*xnk ckp bape..hahahha* kenapa ea mak kenapa yg nmpk apa yg kngah ada ni yg mereka2 itu napa yg lain xnmpk sobs.. ok jwpn mak hmmmm..tgk la awk tu mcmana hahhahha kene dusshhhh depan muka tp mak mcm ok la kali ni so kira umur ni just number gak la kan hahhahha *tu assumption aku je* but actually umur itu mmg satu PERKARA PENTING sbnrnya yup mmg syg mmg suka mmg syg lah tp ada tapi ya kne realistik la sikit hidup kat dunia realiti BANYAK SIKIT skg yer la seme nk sweet je seme nk manis je seme nk ok je later on? owh negatif sangat kah sy? hahhahha haah mmg negatif dah hihihi tak la...sy sentiasa nk positif ...