Skip to main content

perkongsian dr blog 2 ~rasa itu juga

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.


~~sedikit perkongsian daripada pembacaan dr blog2...terima kasih ats perkongsian ilmu ini..
semoga kita sama2 mendapat manfaat drp perkongsian rasa ini..


Assalamualaikum dan salam Ramadhan

Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."


Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.
Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

<Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.>





<credit to fatinliyana.blogspot, akuislam.blogspot>

~tak salah pun nk kawen awl ke kawen apa ke...yg penting..NIAT KERANA APA..sb..walau mcmanapun..CINTA ALLAH juga yg ABADI..susah nk wat ni..cuma..ianya tak mustahil..mereka yg nk berkongsi kebahagiaan didunia ini, xpelah..tp..kita yg membacanya itu...jgn terlalu cepat VERANGAN a.k.a NAK MCM TU JUGAK...doa dpt psgn yg soleh dan lebih baik utk memimpin kita**nk yg soleh..kite kene jd solehah dulu..huuu*..mereka berkongsi..itu pendapat mereka..tp kita yg membaca..perlu berada di realiti..tak semua yg mereka share itu tidak bagus..pucuk pangkalnya..terpulang pd diri kita yg mengambilnya..**ingatan utk diri yg rapuh ini juga*

teringat lak apa yg ustaz don ckp ni:


**rajin betul menulis ari ni..sekian^_^

Comments

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>   ...

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan ...

Ahmad Ammar Ahmad Azam *new 2*

bismillahi rahman ni rahim alhamdulillah 28 tahun 3 hari alhamdulillah utk umur shingga ini byk lagi yg perlu aku buat sgt byk bila mcm2 dah jd dlm hidup ini perkara plg utama yg perlu dirisaukn ialah bekalan kita disana nti cukup kah dah la hari2 buat dosa istighfar pun xbyk mana nk perasan hebat dah? org suka pun sbb ALLAH tutup aib taw hmmm maka dgn ini proses pembaikan pulih dn pembeljaran berterusan sedang terus bermula moga ALLAH redha baru2 ini wave 'al marhum Ahmad ammar Ahmad azam sdg meniti di fb dan lama sosial lain juga pd aku subhanaallah mmg sgtsgtsgt jauh utk berada seperti arwah ahmad ammar ahmad azam byk yg perlu dibaiki dipelajari diexplore lg namun satu je yg aku rasa kita semua boleh buat dilapangan kita sendiri CINTAI ALLAH BUAT SEGALANYA KERNA REDHA ALLAH DAN NIATKN SYAHID DLM HIDUP KITA INI SBG PENGAKHIRANNYA ada org kata kt aku jauh sgt nk letak ahmad ammar as bench mark tu tp aku pk balik mmg betul la kata kawan aku tu c...