Wednesday, December 26, 2012

uittt...rasa itu..rasa ini..

salam
 
haa..tetiba terasa nk menulis lak sebelum balik ke umah menyambung tugasan yg mmg on target nk kene setlekan..*chaiyookkk farawa!!*
sekarang ni mmg musim aku nk setle seme keje hakiki dan bukan hakiki..so, by dat time nti, aku dah lega sikit kan:)
 
okay, back to my point utk menulis..tu la..bila tangan ni gegatal sgt nk recall back menda yg pernah jadi dulu kan..tu yg muncul rasa mcm2 ni..haisshh...:'(
 
cuma..dlm kesibukan menda mcm2 nk muncul, ALLAH dah bg awl2 payung utk aku tgk semula apa yg aku rasa ni..
hmm...rasa mcm ni aku ingt dah abes..rupanya mmg x abes..tp xde la effect mcm dulu sgt..alhamdulilah
smlm bru duk berborak2 dgn wani pasal jual mahal, jodoh, ikhtilat dan lelain***byk sgt menda borak..hahahha*
 
dan pagi ni, aku jumpa lak pengisian yg seolah2 menjawab apa yg kami bincg semalam..dan best lg..dia pun jumpa jugak pengisian tu..senang citer, aku xyah la nk bebel2 lagi kat makcik kering tuh..hihihi :p
 
btw, apa yg kami jumpa adalah dr blog http://akuislam.com/blog/renungan/jodoh-terbaik/
 
haaa...mmg best la...yg plg best, aku share kat sini ea..
 
Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?
Jawapan sebegini sudah saya hafal :
“memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia. Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping. Kadang-kadang kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je. Eh, takkan kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”
Itu jodoh terbaik? Lupakan saja. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik? Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat. Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya? Di mana kebaikannya?
 
Dengan menjadi baik kepada Tuhan ; beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga. Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?
Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan sebab saya berkata sebegini. Ramai juga yang bertanya dari mana saya dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?
 
Jangan sampai tersalah memilih orang
Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi pegangan saya :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
(Surah An-Nur ayat 26)
Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.
 
 
dalam sesibuk baca blog tu, jmpa gak pengisian lain berkenaan dgn 'hukumlah dirimu sebelum ALLAH menghukummu"..aku rasa pengisian yg mantap..krn kita selalu sgt lupa yg kita ni sokmo wat silap, tp duk rasa x wat silap..moga kita sntiasa ingt akn perkara ini..
 
dalam tempoh baca yg ITU JODOH TERBAIK?LUPAKAN SAHAJA tu..aku g la tgk kat empunya penulisan itu..waaahhh...jmpa lak tumblr..haaa..skg duk sebok explore tumblr lak..tumblr ni mmg aku dah tgk and follow lama dah, kata2 best, pic menarik dan sedih gak kalu tgk..huhu..maka, terjumpa la pulak yang ini..
 
siapa tak pernah jadi jahat? we all fall short sometime. dan kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that? post pasal islamik kat FB, tapi tak solat, tak baik jugak. jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. pakai tudung labuh, tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak. siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? none. dan definition of baik was only mean by one thing ; beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya. yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, or kutuk orang yang jahat sekalipun. no we can’t do that. kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
ya we all fall short sometime. but that doesn’t mean kita selamanya berdosa. rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka. i am not good either. tapi tak salah kan nak berubah? :) every second is the chance to change. don’t waste it people. be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita."
 
pulak yang ini..haa..nampak x, berkesan nya la seme zaman teknologi ni kan..tu la yg myebabkan aku lg eager nk beli galaxy notess...wuuuuu
senang aku nk explore dn membaca nya dimana2 shj..waaaaa..
in shaa ALLAH, akn diusahakan..
sedar x sedar, lg beberapa hari lagi, berakhir sudah 2012..
terlalu byk yg berlaku untuk tempoh setahun ini..
hanya ALLAH yang tahu apa yg jd pada diri aku ini..
aku xkan mengalah
xnk putus asa
sentiasa berdoa
doa
doa
doa
kerna aku tahu
DOA ITULAH KEKUATAN SEORANG HAMBA

 
 
*untuk awk~smga sentiasa dilindungi ALLAH dan ketahuilah..ALLAH sentiasa ada utk kita^^
 
sekian, nk balik dan bersiap utk esok pula :)
 
p/s--panjang lak entry kali ni..>_< 
 
 

Tuesday, December 25, 2012

Tips ISTIQAMAH

Assalamualaikum..
Heeee...cecuti ni..wat keje yg mmg keje aku kne setlekan sebelum kemana2--yg ni kne tggu surat bru leh naik entry..heeee..badget ramai baca la ni..hihhiihhi;)
Ni sdg menaikkn entry dgn mggunakan ipad....waahhh..ohsem...:))

Okay..kali ni nk share tips ISTIQAMAH dlm perubahan..
Mmg x mudah..tp..jom kita cuba..
Aku jmpa pengisisan ni dr majalah JOM..mjlh ni cute dan pengisian sgt bgus..

Antara tips istiqamah yg kita boleh kongsi ialah;

1.Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dgn ALLAH

2.Berada bersama-sama dengan org yg inginkan perubahan atau dlm erti kata lain dlm biah yg solehah

3.Ambil sedikit masa utk take a step back and reflect yakni muhasabah diri kita.

4.Buat perubahan yang kecil dan termampu

5.Displin yang tegar

6.Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyah walaupun sedikit

7. Doa,doa dan doa

8.Memujuk dan memotivasikan hati dgn kata kata yg membina

9.Membuat matlamat dan plan yg terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan

10.Memperbanyakkan istighfar dan mengimbau kesalahan kesalahan lalu


Okay,rasanya huraian nya, aku akn masukkn kali lain..kakak sally dah nk balik..heeee..
Cuma..pengisian ini mberi makna yg tersendiri kpd aku
Mmg btl, bkn mudah nk berubah...dan berubah itu bkn utk kita bg org nmpk..tp adalah krn Allah..betapa hujan,ribut, taufan atau tsunami yg dtg mduga..
kuatkanlah hati kembali kpd Allah
Aku xkata aku sgt kuat..aku lemah, rapuh, dn ada masanya, org mgkn xkn percaya apa yg aku lalui...cuma..apa yg aku boleh kata kat sini..Allah sntiasa ADA dn tahu apa yg kita rsa..huhuh..malu rasanya dgn Allah..dn kerna itu..kuatkanlah berdoa dn syukur dgn segala apa yg berlaku...kerna itu..aku tak pernah salahkan dia..dia yg sentiasa syg itu...krn..ianya byk mngajar aku erti syg,syg yg sebenar dan segalanya....:')

Semoga segalanya dipermudahkan
Utk awk..smga Allah sntiasa melindungi awk selalu..pohonlah kekuatan drNya..smga sntiasa diberi petunjuk dn hidayah..

--thanks to kak sally..empunya ipad..hehhe>_<




Monday, December 24, 2012

Amalan yang perlu dijaga*SUNNAH*

Assalamualaikum
 
dalam kesibukan akhir tahun ini*sgt pening utk closed everything..huhuh* aku nk share something utk peringatan diri aku yg alpa ini
pengisian ini dikongsi drp cahayaislam.net
 
 
Hendaklah kita menjaga TUJUH SUNNAH NABI setiap hari iaitu ;
 
1.TAHAJJUD
  •  Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada TAHAJJUDnya
2.MEMBACA AL-QURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI
  • Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca AL-QURAN terlebih dahulu dengan PENUH PEMAHAMAN*selak tafsir jom^^*
3. JANGAN TINGGALKAN MASJID terutamanya DI WAKTU SUBUH
  • Sebelum melangkah kemana pun, langkahkan kaki ke masjid. Kerna MASJID merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari org beriman untuk memakmurkan masjid.
4.JAGA SOLAT DHUHA
  • Kerna kunci REZEKI terletak pada solat DHUHA
5.JAGA SEDEKAH SETIAP HARI
  • Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat ALLAH selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari
6.JAGA WUDHU TERUS MENERUS
  • Kerana ALLAH menyanyangi hamba yang berwudhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, 'Orang yang selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, AMPUNI DOSA DAN SAYANGI DIA YA ALLAH'.
7.AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP MASA.
  • Dengan ISTIGHFAR, masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH



berikut adalah perkongsian aku utk kali ini.
smga bermanfaat
 
kepada diri ini, jika benar CINTAKAN RASULULLAH, maka cubalah ISTIQAMAHKAN semua amalan ini..hanya dgn MENGIKUT DAN MENGAMALKAN SUNNAH RASULULLAH, kita akn mengatakan CINTA itu bkn skdr cinta dibibir semata2..
 
 
*aku masih sdg mencari kata2 yg aku ternampak semalam berkenaan org yg tlh bertaubat, usahlah diungkit2 kesalahan dan kenakalannya suatu masa dahulu, krn kita tidak tahu betapa sukarnya seseorg itu utk meninggalkan segala karat-karat jahiliyyah dlm diri mrk setelah bertaubat*
sgt bersetuju..huhu:(
 
bukan mudah, tp ianya bukan mustahil, mohon lah kekuatan pd ALLAH yang tidak pernah bosan mendengar rintihan dan rayuan kita, cuma barangkali kita yang tidak mahu menghargai apa yg telah ALLAH berikan..astagfirullah..
 
 
~untuk awk,semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH selalu..moga hati-hati kita sentiasa bertaut kerana ALLAH dan kembali kpd fitrah kebaikan yg sbnr..jaga diri dan iman :) 
 
 

Friday, December 21, 2012

tumpang lalu jap

salam
 
okay..xde keje
 
saja nk ckp
 
MARIA ELENA PUN JUZ NK BELI KETE SAGA..*PADAHAL DIA MAMPU JER NK BELI MORE THAN THAT..WAH..KAGUM..MINGGU NI MINGGU SAYA JUMPA RAMAI ORG YG MEMBERI PERINGTN SECARA HALUS KEPADA SY..
 
terima kasih semua
 
terima kasih ALLAH
 
 
p/s--sy suka bca blog maria elena tuh...dah kawen dgn yg hensem lg suara mcho..wakakka..moga anda berdua bahgia ke syurga...dunia wa akhirat..^^

*die kenai aku pun x..hahahhaha

Thursday, December 13, 2012

sharing dari blog edisi ke4

Sharing dr blog dan rasa itu juga~~~

Assalamualaikum...
huuuu~
ntah la..mcm2 lak rasa
dugaan hati tak pernah tak dtg..
mgkn utk jadikan lebih kuat dan kukuh dijalan ALLAH
maka, aku bersyukur..
jika dgn rasa sedih ini membuatkn aku lebih sedar siapa akan diri yg hina ini :'(
perkongsian blog kali ini sgt menyentuh hati
bagus sekali
rasanya..mmg bukan mudah sebenarnya utk facing semua ini
aku?lagilah tetap syg..doa
dan mohon kepadaNYA agar segalanya menjadi lebih baik selepas ini..
sama2 kita manfaatkan perkongsian dr blog kali ini:')
 
 
 
klik tuk besarkan

Dalam perhubungan impian, apa yang kita harapkan pastinya berkesudahan dengan Happy Ending kan? Malangnya, seringkali kita sampai di penamat yg berbunyi..

"..kita putus.."
"..sampai di sini.."
"..ceraikan saya.."
"..tak ada jodoh di antara kita.."
"..aku bukan utkmu..kamu berhak dapat yg lebih layak.."

Kita manusia. Manusia merancang. Allah juga merancang. Namun, "Wallahu Khairul Maakirin." ( Allah lah sebaik-baik perancang segala rencana. )

Hubungan pula saya bahagikan kepada dua:

- Hubungan yang diredhai (dah nikah).
- Hubungan tak halal (belum nikah lagi).

Tapi kedua-dua hubungan ini juga tidak ada jaminan akan kekal. Kedua-dua hubungan ini akan diuji. Siapa yang lemah, pasti tersungkur. Siapa yang tabah, beroleh hikmah.

Cinta bukan milik kita. Sebab bukan milik kitalah, kita tak mampu kawal sepenuhnya.

Saya hanya nampak satu cara untuk kekalkan hubungan cinta. Gapai cintaNya melalui konsep Tawaqqi.

Means, hubungan tak halal automatik belum pasti ada jaminan boleh berjaya sebab jauh dari cintaNya. Jika berjaya ke jinjang pelamin, itu maknanya Allah mahu kamu dan pasangan berubah lebih baik serta siap sedialah; kerna ada ujian-ujian di hadapan sebagai kaffarah dosa-dosa kapel silam. Namun jika tak berjaya, itu bermakna Allah nak kamu kembali muhasabah diri-hilangkan benteng yang menjadi hijab di antara kamu dengan kecintaan kepada Allah. Ya, kesedihan awal-awal itulah kaffarah dosa-dosa.

Yang dah kahwin, tarbiyyahlah pasangan utk sama-sama jaga hubungan cinta dengan Allah. InsyaAllah kekal lamalah hbgn itu. Jika diuji, ada hikmah. Diuji dengan kesusahan dan kemiskinan, kecelakaan dan musibah. Jika tak diuji, pelik sebab kita hanya hamba. Bercerai juga ujian. Namun, bersyukurlah sebab Allah beri masa untuk kita kecap bahagia bersama-sama. Walaupun sekejap cuma.

Fahami konsep Tawaqqi.

Apa itu tawaqqi? Menurut Ibnu Kathir tawaqqi adalah kata asal untuk taqwa. Bermaksud, "menjaga diri daripada perkara yang tak diingini." Menurut Muhammad bin Allan, "taqwa ialah mematuhi perintah-perintah Allah dan menghindari larangan-laranganNya dengan mengerjakan setiap yang diperintah, tinggalkan yang dilarang, mengikut kemampuan." Manakala Saiyidina Umar mengkiaskan hakikat taqwa sebagai "berjalan dengan waspada dan bersungguh-sungguh supaya tidak memijak ataupun terpijak onak dan duri."

Tak perlu bersedih lama. Cinta itu milik Allah. Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu sehingga tawar hatinya. Sebab, mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri. Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Buka mata, buka mata hati, guna iman dan tawaqqi. Akhirnya, 'kan kau jumpakan permata.
 
~credit to:http://selamattinggal.blogspot.com/2011/10/cinta-bukan-milik-kita.html
 
 
 
*untuk awk, alhamdulilah, rezki awk bertambah2..semoga sentiasa diluaskn rezki dan bersyukur dgn nikmat yg ALLAH beri...kuatkn hati utk menjaga solat dan diri...sentiasalah bermuhasabah diri..peluang bertaubat itu sentiasa ada
krn ALLAH itu MAHA PENGASIH dan PENGAMPUN..~syg itu bkn yg membawa kpd neraka, syg itu membawa kpd jalan yg dekatkn kita dgn syurga yg indah lg hakiki..semoga awk sntiasa dilindungi ALLAH selalu.*

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12~~

Assalamualaikum
 
saja jer..nk post utk tarikh nie..hehehhe
betapa besar dan hebatnya kuasa ALLAH
tarikh hari ini begitu cantik
namun, kita mgkn tidak akan bertemu dgn tarikh ini
atau
bertemu dijangka masa yg panjang kelak
1000 tahun?
100 tahun?
maka, untuk itu, bersyukurlah
tarikh ini tidak membawa apa2 keistimewaan jika kita yg tidak menjadikan ia istimewa
mgkn dgn tarikh hari ini
kita berniat
untuk menjadi lebih baik dr sebelum ini
bermula dgn bila2 masa
kita mmg perlu berniat begitu
dan semestinya
NIAT SAHAJA TIDAK CUKUP TANPA AMALAN
maka
ayuhlah diri
ISTIQAMAHLAH DENGAN AMALAN
KUKUHKAN HATI DIJALAN ALLAH
KUATKAN HATI
BANYAKKAN BERISTIGHFAR
terlalu byk nikmat yg telah ALLAH berikan kepada kita
meskinpun kita sering lupakanNYA :'(
 
*menariknya hari ini utk aku, aku dapat hang out bersama kakak haousemate aku
lama jugak x jmpa dan makan2 bersama
syukur dgn masa ini
ntah bila la nk jmpa lg..
 
*menariknya hari ini, aku terjumpa byk link blog yg dpt menambahkan ilmu dan peringatan kepada diri aku yg sering alpa
seronok baca blog mereka2 ini
satu yg aku kagum, blog seorang zaujah, ummi kepada seorg anak ini, muda lagi aku kira
tp pandangannya bagus
jarang nk jmpa yg berniqab ini berpandangan seperti dia..
aku suka ayat dia
TAK SEMESTINYA KITA KENE BERNIQAB UNTUK KITA JADI SOLEHAH
TAK SEMESTINYA BILA KITA PAKAI NIQAB KITA JADI SOLEHAH
NIQAB HANYALAH JOURNEY, BUKAN DESTINY
~http://niqobgirl.blogspot.com
 
bukan bermakna aku xsuka mereka yg berniqab, aku kagum dgn pendirian mereka yg berniqab..dan aku lebih kagum melihat pandangan saudari ini berkenaan isu niqab ini
sama seperti yg pernah aku rasa dan lalui
cuma bukan konteks niqab, tp tudung labuh @ bidang besar
cuma, aku bersyukur
bersyukur
kerana ALLAH sentiasa membuka dan memberi petunjuk kepada aku
semoga hati kita akan sentiasa tetap dijalanNYA
 
*utk awk~semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH
sy akan sentiasa.......awk
inshaaALLAH

Monday, December 10, 2012

LAW KANA BAINANA ...


Assalamualaikum
 
 
selingan apa yg aku sering lupa...sering lupa akan sesuatu yg seharusnya aku kene selalu ingt..
 
betapa aku bersyukur..bersyukur YA ALLAH krn telah hadirkan rasa ini dan semoga rasa ini akan sentiasa berkekalan dan bertambah..
 
rentetan daripada seminar surah al-hujurat semalam..aku di'ketuk' semula dgn rasa kecintaan kepada Kekasih ALLAH, Nabi Muhammad s.a.w
 
Mmg aku suka sgt tgk tvalhjrah krn stesen tv ni selalu mainkan lagu ini..
 
lagu LAW KAANA BAINANA..
 
bila dgr didalam seminar itu, rasa sgtsgt sedih, betapa Rasulullah s.a.w amat menyayangi umatnya.rasa sedih sgt bila ustz HAsrizal kata, Rasulullah s.a.w mmg telah tiada bersama kita:'(
tapi apa yg Rasulullah s.a.w telah tinggalkan kepada kita yakni SUNNAHnya..ayuh..ayuh kita hidupkan kembali sunnah baginda dan mengenali dgn lebih Kekasih ALLAH ini:'(
 
untuk bahan dibawah..terima kasih atas perkongsian:')






Salam..

Lagu ini cukup terkenal semasa video rancangan realiti "If The Beloved Were Among Us" tesiar di Televisyen (Arab) dan di Youtube. Ia juga disiarkan di TV Alhijran Ahad 9Malam. Rancangan yang cukup baik yang memberi pengajaran kepada sekalian manusia. Ia juga bukti kerinduan orang orang mukmin masa kini kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.


Video dibawah adalah lagu penuh "full song" Law Kaana Bainana dengan erti atau terjemahaman bahasa melayu. Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)
 
 Lau Kana Bainana adalah program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa. Tontoni di TV Al-Hijrah setiap Ahad, jam 9 malam.
====================
LAW KANA BAINANA

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.
Lirik Dalam Arab
-------------------------------------------------------------------
عبد الرحمن محمد -- لو كان بيننا الحبيب
------------------------------------------
يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع
في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق

لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب

بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب

هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين

يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك
 
 
wahai diriku..sedarilah, betapa anda perlu untuk sentiasa bermuhasabahkan diri anda..:'(
dalam menempuh perjuangan hidup, kenangi lah, perbanyakkan selawat dan ingtlah perjuangan Rasulullah s.a.w
semoga kita semua mendapat manfaat..
 
 
***utk awk, betapa kita telah alpa akan semua ini..apalah sgt rasa syg kita ini jika kita tak pun rasa cinta pd KEKASIH ALLAH..sy suka utk berkongsi dan berharap semoga kita juga sentiasa menyedari bahawa hidup ini bukanlah semata-mata kerana cinta dunia tetapi CINTA AKHIRAT yg hakiki itu yg pasti..SYURGA ITU PASTI, NERAKA ITU PASTI..
..awk,semoga ALLAH akan sentiasa melindungi dan memberikan petunjuk & hidayah kepada kita semua..jom perbanyakkan selawat..
 
 

Monday, November 26, 2012

hepi birthday suhaiza~

Assalamualaikum
 
okay
 
hehhehe..ni ngah teman sue nk packing barang...
 
suhaiza dah nk pindah :'(
 
actually xde la hepi pun...sedih..tp xnk rasa sedih sbb nti banjir kat dlm beting ni..
 
suhaiza..kawan terawal aku kat uitm kuala pilah..
 
dia yg byk bantu aku..time aku xde kete..time aku down.sue byk tlg aku..
 
byk sbnrnya memory kami bersama..aku sue dan maz..
 
hmmmm..jap lg la sambung..
 
nak tlg suhaiza kemas barg jap...
 
bubaiiii
 
*utk awk: smga dilindungi ALLAH selalu..
 
 
nie test utk suhaiza jer..:)
hadiah birthday suhaizaaa....<3
 

PERCAYA...


assalamualaikum
 
sekadar perkongsian dr internet..
 
yg memberi kekuatan dan peringatan kepada saya
 
hari ini dia mungkin tidak bertudung
esok lusa mungkin dia adalah yg paling ikhlas menutup auratnya..
 
hari ini mungkin dia seorang yg kaki mencarut
esok lusa mungkin dia adalah yg paling lembut bicaranya..
 
hari ini mungkin dia seorang yg ingkar kepada ALLAH SWT
esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqamah melaksanakan qiyamullail kala kita semua sedang lena
kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu
tugas kita bukan ME'NERAKA'KAN orang
tetapi
mengajak manusia pulang ke jalanNYA
 
jangan kita hina permulaan seseorang
kerana kita tidak tahu
bagaimana pengakhirannya...
 
 
 
 
**ALLAH MAHA MENGETAHUI..sy tahu akan tiba masanya nti..awk..maafkan sy ats semuanya..semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kita dan ibu bapa kita..
awak..ALLAH tidak pernah kejam pd kita..ALLAH selalu bg kita masa dan peluang utk berubah dan bertaubat..
awak..mgkn awk takkan baca apa yg saya tulis..namun, biarlah ianya menjadi satu doa dan peringatan kpd diri sy utk tidak sesekali berputus asa utk berdoa:")
awk..sy jua manusia biasa...manusia biasa yg sering alpa dan perlukan peringatan..sy x mmpu utk bertindak seperti mereka yg berada disekeliling awk, tp ini hanya yg sy mampu..
moga segala yg berlaku dpt menjadikan diri kita lebih baik disisi ALLAH.
sy bersyukur
krn sy kenal awk dan byk perkara sy belajar dn ambil iktibar
semoga ALLAH sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita
krn tiada yg lebih utama melainkan redha ALLAH dan pengampunan ALLAH kpd hambaNYA
 
 
*dari seorang saya yg hina lagi alpa*

Friday, November 23, 2012

haaaa.....tetibe rasa cam ni yg xbeshhhh

assalamualaikum..
 
tetiba terasa terpanggil pula utk ckp kt blog ni...
 
hmmm..aku rasa aku sendiri perlukan masa
 
haisshhh..pelik lak rasa ni
 
jeles ke..tak...
 
riso??
 
lagi la tak...abes??
 
astagfirullah...confius aku dgn rasa aku sendiri..hahhaha..tp..aku pasti..rasa ni cuma sementara..
 
dan bukan aku sorang yg rasa mcm ni...*aku taw ko tgh baca jugak..cuma x taw bila ko baca..hihhhi*
 
pada aku..aku personally, teringt balik saat2 aku leh berkawan dgn dia..berkawan baik dgn dia...dan melihat dia nakal...melihat dia mnjadi lebih baik...aku sbg kawan, bersyukur sgt..dan aku gembira dia sudah berbahagia bersama yg halal buatnya..alhamdulillah..
 
aku tahu..itu masa dia..alhamdulillah
aku bersyukur..cuma..
keadaaan..
keadaan tidak seperti dulu
mestilah
dan ianya agak menjanggal kan aku sedikit*bahasa apa ni*
dan aku takut..
takut sbb?
sbb aku punya seorg sahabat begitu rapat dgn aku
sahabat yg bila aku susah..dia mmg ada dr dulu dan alhamdulillah sehingga kini..
ada juga masa aku sendiri dgn dunia aku..aku tahu..ada masa utk itu..tetapi..sahabat aku itu tidak pernah memulangkan buah keras pd kehilangan aku yg agak lama pd aku lah..dia ttp ada..waaahhh*sedih lak*
 
susah kan nk jumpa org mcm mereka ini...yg sorang itu telah pun berbahagia..*ALHAMDULILLAH*
dan aku menanti yg sahabat aku pula..dan aku merasakan..sure!!!seyess!!aku akan rasa lebih lain dr yg ini...hmmmmmmm~~~pikir dah mende merepek kan...tapi fara???
 
mana ko tahu ko akan facing seme ni dgn keadaan ko x mampu..yup..mgkn ko akan rasa lain..tp rasa lain yg ko mampu handle...haaaaa...nampak tak??sbb apa?
sebab...
sebab...
ALLAH takkan kejam dgn hambaNYA.
jgn tamak sgt beb!!!
dia pernah dtg dlm life kita..itu satu nikmat...dia dah pernah menggembirakan kita..sama2 susah..dan sewaktu dgnnya..itu juga nikmat...maka??apa lg yg nak..amboooiiii..tamak bebenor nihhh
haaa..aku saja jer nk post ni kt belog aku ni..untung2 nti aku lupa..aku leh re baca semula..hihihihi...
 
so fara...segala apa yg akan dtg itu...taksoh la nk runsing bagai..DOAKAN YG TERBAIK..yg lepas dan sudah itu jadikanlah kenangan dan syukur dgn segala nikmat itu..ALLAH dah temukan kita dgn mereka yg byk mengajar kita ttg kehidupan..manis, pahit, kelat, masin...yg pntg..REDHA ALLAH ITU YG KITA TUJU..
 
aku bersyukur krn insan2 ini pernah hadir dlm hidup aku...terima kasih byk2...semoga persahabatn dan ukhuwah yg pernah terbina ini diredhai ALLAH..
 
*kpd awk~terima kasih juga...jarak itu telah byk menyedarkan sy..semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH selalu^_^
 
 

MASIH BELUM TERLAMBAT*SHARING*

 
PERKONGSIAN DR BLOG ^_^
 
 
Aku juga wanita. Seperti kalian. Aku juga pernah tersasar dari landasan suatu ketika dulu. Aku juga pernah dikecewakan, dipermainkan, dipersendakan, dan dicarik-carik hati ini oleh insan yang bernama lelaki. Aku pernah.
 
Aku yakin kamu juga pernah. Kamu yang bernama wanita. Kamu pernah memberi hati kamu dengan seikhlas hati, ditabur janji manis tinggi ke langit, dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan, kamu juga pernah tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi, ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidupmu dipenuhi dengan kebahagiaan.
 
Alangkah indahnya jika dia yang halal buatmu.
 
Kan sayang?
 
Malu tak rasanya kalau kita berdampingan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di khalayak ramai?
 
Malu tak rasanya jika kita saling berpegangan tangan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim di hadapan orang ramai?
 
Malu tak rasanya dengan persepsi dan pandangan orang ramai bila melihatkan keadaan kamu?
 
Malu tak sayang?
 
Ya, abaikan pandangan manusia. Utamakan pandangan Allah.
 
Bukankah Allah melarang kita untuk berdua-duaan bersama yang bukan mahram?
Berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim pun haram apatah lagi bergesel badan, memegang, memeluk, mencium yang bukan muhrim? Masyaallah.
Siti Aisyah r.a ada berkata:
“…demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.”
(Riwayat Imam Ahmad)
Subhanallah!
 
Bagaimana dengan kita? Berapa kali kita tersentuh dengan yang bukan muhrim sepanjang kita hidup di bumi Allah ini? Tanya pada diri sendiri. Kenang kembali dosa-dosa lalu.
 
Astaghfirullalazim.
 
Wahai wanita yang disayangi Allah..
 
Jika kamu pernah melanggar perintah Allah dan jika kamu masih bernyawa ketika ini, saat ini, masih belum terlambat sayang.
 
Masih belum terlambat untuk melakukan taubat nasuha.
 
Masih belum terlambat untuk berubah.
 
Masih belum terlambat untuk membersihkan jiwa.
 
Masih belum terlambat selagi kita masih bernyawa.
 
‘kotornya aku! Adakah Allah akan menerima taubatku?!’
 
Insyallah sayang. Berusaha, raih kembali cinta ilahi. Jangan sesekali kamu berputus asa meraih kembali cinta Allah. Allah sentiada ada dengan kita. Sentiasa.
 
Wanita, mahalkan maruah dirimu. Tidakkah kamu tahu harga diri wanita tersangatlah mahal? Alangkah ruginya jika kita memberi segala-galanya yang kita punya kepada yang bukan muhrim? Apakah yang akan kita berikan pada suami kita nanti?
 
Masyallah.
 
Berubahlah sayang, bertaubatlah. Masih belum terlambat. Bersyukurlah Allah tidak menarik kembali apa yang Dia berikan pada kamu sepanjang hayat kamu. Kembalilah padaNya.
 
Allah tidak pernah meninggalkan kita. Percayalah. Dia sentiasa bersama kita. Bangkitlah sayang. Keluar dari dunia yang penuh dengan noda ini. Utamakan akhirat. Sesungguhnya dunia hanyalah sementara. Carilah bekalan untuk akhirat sementara hayat masih dikandung badan.
 
**Artikel ini adalah perkongsian ke inbox kami oleh rahadatul aisy. Semoga memberi manfaat kepada semua
 

 

 
*Bersyukur terjumpa artikel ini..terima kasih ALLAH..semoga kita semua mendapat manfaat dr perkongsian artikel ini..lepas ni nk share buku yg dibaca pulak^_^

*untuk awk:
semakin awk berkata begitu, semakin sy yakin dgn apa yg sy buat..sy tahu awk tgh xjumpa lg tu...xpe la awk..jika awk rasa sy salah..xpe lah..sy mmg byk silapnya..
cuma sy harap awk pegang janji awk padaNYA...semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH selalu
~artikel ini mmg sy nk awk baca..harap awk dpt baca suatu hari nti :')
 



Wednesday, November 21, 2012

ternampak itu...hmmmm~

salam

astagfirullah
 
astagfirullah
 
ya ALLAH..
 
aku xsgka la pula jd begitu..
 
aku harap aku salah nmpk..
 
jgnlah..
 
xperlu utk awk berbuat demikian
 
nothing to be proud bila awk buat something yg mmg SALAH
 
plezzz...
 
ya ALLAH..
 
ya, sy tahu..masa byk lg..
 
sy tahu kita muda lg..tp menjamin ke utk kita hidup esoknya..awk..tlg la..sy mmg xleh tgk seme ni..tp nk buat mcmana..apa daya sy.:'(
 
sedihnya
 
bila tidak diikuti..lain jdnya..tp kalau ikut..disisi ALLAH ianya tidak bermakna apa2 pun
 
sy syg dgn apa yg dah terjadi..bukan bermakna sy kuat..sy x kuat mana pun..kdg2 hmpir tewas..namun, sy bersyukur..ALLAH byk menjaga sy..
 
awk..sudah2 la upload pic yg mcm tu..xsgka sy..tgk tarikh itu..hmmm..mgkn sy jer yg xnmpk
percayalah..suatu hari nti, awk akn faham apa yg sy ckpkan..sy mta sgt..awk kembali lah..kembali pd ALLAH dgn sebenar2 nya..awk tahu kan..tp..:'(
bukan satu kebanggaan pun bila awk buat mcm tu..yer, trend skg..tp perlu ke..bahagia ke mana..lama ke bahagia..xpe la awk..xperlu sy ckp byk2..sy minta maaf sgt
semoga kita sama2 menjadi hamba ALLAH yg lebih baik lg disisiNYA
 
awk tahu x, kenapa ALLAH still bg peluang utk kita bernafas setiap hari..
utk kita bertaubat awk...bertaubat..kembali semula pd NYA
sy tahu..
awk akn kembali juga
sehingga saat itu..
sy sntiasa mendoakannya..
semoga awk sentiasa dilindungi ALLAH selalu..
 
tiada maknanya syg itu jika tidak membawa kpd syurgaNYA.
syg bukan semata2 pada tubuh badan, bkn hanya pada wang ringgit, bukan hanya pada harta pusaka bukan semata2 pd paras rupa..bukan..bukan..syg yg sbnr adalah pada kasih syg yg membawa kepada pemilik kasih syg yg hakiki iaitu ALLAH SWT
 
*dr seorang saya yg hina dan tidak punya apa-apa
 
 
 

Monday, November 19, 2012

ALHAMDULILAH...19.11.12

Assalamualaikum
 
alhamdulilah..aku dah GENAP 27 tahun ari ni...lahir 6.45 pagi pada 19 november 1985 yang lalu..dgn seorg diri keluar dgn gigih dan tak sabarnya..hihihi...abah g panggil bidan..aku dah selamat keluar melihat dunia...dgn terbelit tali pusat nya..nurfarawahidah nama diberi..mmg gigih dak fara ni..hahahha..gigih.rapuh.degil..seme ada..pakej...hihih
 
aku bersyukur
bersyukur
bersyukur dgn segala yg telah aku miliki sehingga hari ini..
alhamdulilah
nikmat tidak terhingga diberikan oleh ALLAH
walaupun
walaupun aku alpa
lalai
hanyut
dan tewas dgn nikmat dunia ini
dan sekali lagi aku bersyukur
bersyukur sgtsgt krn ALLAH telah hadirkan rasa bersalah
rasa menyesal
rasa kembali kpd fitrah itu
alhamdulilah
dan
astaghfirullah...
 
selama ini
banyak yang telah terjadi
jangka masanya mmg sekejap..tp..penyesalan nya itu tidak terhingga..
tidak pernah menyesal mengenali awk
cuma menyesal krn diri sendiri sering tewas dgn diri sendiri
namun..
bersyukur lagi
krn ALLAH sentiasa mnjaga aib dan kelemahan diri ini
malunya aku pdMU YA ALLAH..
:'(
 
untuk semua yg telah berlaku
aku pasti
hikmahnya mmg sentiasa ada
namun
aku juga pasti HIDAYAH itu juga perlu sentiasa dicari dan digilap
IMAN itu..perlu sntiasa dimantapkan
DIRI INI perlu sentiasa diingatkan
terimakasih aku ucapkan kepada mereka yang sentiasa tidak pernah jemu mendengar, menemani, menangis bersama2 dgn diriku yg rapuh, alpa dan kerdil ini..
terimakasih..
 
untuk 27 tahun ini
aku berdoa
semoga kau menjadi hamba yg lebih baik lg
beribadah dgn lebih kemas dan baik lagi
menjadi yg lebih baik disisi ALLAH
bukan mudah..aku tahu
dan aku juga tahu, bukan mustahil..
semoga diri ini sntiasa ingt akn apa yg tlh dituliskn ini dan apa yg telah ALLAH sntiasa beri pada dirimu farawahidah..
 
kpd awk
terima kasih ats segalanya
awk telah byk mengajar sy erti hidup
erti taat kpd ALLAH dalam konteks sebenar
dan berlawan dgn diri sendiri dlm mencari keredhaanNYA
awk akn sentiasa berada dalam doa sy
sntiasa
krn sy sntiasa percaya
bahawa ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYa..cuma kita yg sering menzalimi diri kita sndiri:'(
kpd awk..smga HATI awk sntiasa dilindungi ALLAH utk menjadi yg lebih baik
syg..krn syg itu..tidak mmbawa kpd murkaNYA
tapi
membawa kpd SYURGANYA..
 
~aku.191112.1725pm.

Wednesday, October 24, 2012

Sabar dan Sayang...

assalamualaikum..

sabar

sabar

sabar

dan

sayang

kerna sayang, ramai org sanggup bersabar dgn sesuatu yg tidak kena pd dirinya

kerna sayang, semua org sanggup telan shj kekurangan yg ada

kerna sayang juga, ramai yg sanggup dilukai dan terus membiarkan diri terluka

kerna sayang, ramai yg sggup mendiamkan diri walaupun tidak bersetuju dgn apa yg diperkatakannya

kerna sayang jua, diri snggup membiarkan diri sendiri terus bersedih dan bersedih..

kerna sayang

kerna sayang..

sayang yg mcmana ek??

haaa..lets think bout it with our rasional akal okay^_^

kerna sayang???snggup kita biarkan org yg kita syg tu buat salah yg berterusan?

kerna sayang?? sanggup kita tgk dia yg kita syg tu dihadapan PEMBERI RASA SAYANG  itu kelak mengatakan bahwa' dia ni yg x ingtkan saya bahawa semua ni salah"

kerna sayang??sanggup kita tengok dia dimurkai ALLAH

kerna sayang??sanggup kita membenarkan yg HARAM DARIPADA YG HALAL?

kerna sayang??sanggup juga kita terus membiarkan diri kita dan diri dia terjerumus ke lembah maksiat..

kerna sayang??sanggup berhabis duit atas sesuatu yg tidak/belum pasti lagi

kerna sayang??sanggup..sanggup MERENTASI API NERAKA ??

kerna sayang....sayang nyaaaa.....~~

astagfirullah...astagfirullah..astagfirullah

saya bukanlah org yg baik utk mengatakan semua ini...bukan..byk sgt khilaf diri dan sgt byk dosa yg dilakukan..mgkn sy jua pernah menyanyangi seseorg seperti KERNA SAYANG itu...
NAMUN..sy bersyukur...BERSYUKUR..kerana ALLAH MAHA PENYANYANG telah byk memberi pengajran dan peringtan kepada sy dgn semua ini..ALLAH MAHA MENGETAHUI apa segala isi rasa saya ttg ini..mmg benar, berkongsi sesama manusia itu tidak salah..namun..jgnlah kita lupa..MENGADU..MERINTIH KEPADANYA..ketika kita sedih dan senang..

ALLAH menjaga diri sy...menutup aib..membuka mata hati...menggerakkan hati sy yg dahulunya merasakan aku lah yg terbaik..alhamdulilah...walaupun aku tahu..dosaku terlalaluuuuu byk sehingga aku malu utk memohon kepada MU..namun..aku percaya..ALLAH MAHA PENGAMPUN..aku tak sanggup lagi utk berpaling drMU walaupun aku mgkn kehilangan insan yg aku syg itu...

namun...aku tetap akn sentiasa berdoa..berdoa..kerana aku tahu..kekuatan seorang hamba itu adalah pd DOA nya...ALLAH MAHA MENDENGAR..MAHA MELIHAT...aku tahu ALLAH sentiasa ada...kali ini aku byk terkedu..betapa..betapa manusia itu mmg tidak pernah puas dan nmpk apa yg telah diusahakan..alhamdulilah..mmg bkn niat aku utk lakukan semua ini krn seorg insan...alhamdulilah..bila aku sudah berdetik itu..ALLAH sentiasa tunjukkan lg apa YG SEBENARNYA itu...ALHAMDULILAH

aku x kan kata aku kuat utk hadapi semua ini..aku tahu aku jua manusia biasa...tp...kerana aku manusia biasa lah aku tak perlu PATAH KEMBALI...mampukah wahai diriku utk merasakan BALASAN DISANA.

kita sering ingat bahawa ALLAH MAHA PENGAMPUN..namun kita juga kene ingat bahawa ALLAH MAHA MELIHAT SEGALANYA..ALLAH PUNYA HAK UTK MENGHUKUM KITA..dan.untuk itu..marilah sama2 kita KEMBALI KEPADANYA KERNA

KERNA KASIH SAYANG NYA ITU TIADA TANDINGANNYA :'(

KERNA KASIH SAYANG DAN RAHMATNYA ITU LAH SEGALANYA

KERNA PENGAMPUNAN NYA ITU ADALAH KEUTAMAAN KITA

ya ALLAH..tabahkanlah hati ku ini...utk menempuhi segala yg mendatang..jgnlah KAU bolak balikkan hati ini setelah ENGKAU berikan hidayahMU..
ya ALLAH..berikanlah taufiq dan hidayah kepada insan tersebut...kasihi dia..lindungi dia dan peliharalah dia daripada azab api neraka..
ya ALLAH..berikanlah kesempatan kepada aku dan ibuku utk menjadi tetamu MU yg ALLAH..
amin..



semoga kita sntiasa mereflek diri sendiri dan muhasabah diri bahawa diri ini sentiasa melakukan kesilapan dan membaiki diri dr masa ke semasa kerana PENCIPTA kita..bukanlah kerana MAKHLUKNYA..

dan jika BENAR SAYANG..BAWALAH KE SYURGA BUKAN MENGHAMPIRI KE NERAKA..