salam
haa..tetiba terasa nk menulis lak sebelum balik ke umah menyambung tugasan yg mmg on target nk kene setlekan..*chaiyookkk farawa!!*
sekarang ni mmg musim aku nk setle seme keje hakiki dan bukan hakiki..so, by dat time nti, aku dah lega sikit kan:)
okay, back to my point utk menulis..tu la..bila tangan ni gegatal sgt nk recall back menda yg pernah jadi dulu kan..tu yg muncul rasa mcm2 ni..haisshh...:'(
cuma..dlm kesibukan menda mcm2 nk muncul, ALLAH dah bg awl2 payung utk aku tgk semula apa yg aku rasa ni..
hmm...rasa mcm ni aku ingt dah abes..rupanya mmg x abes..tp xde la effect mcm dulu sgt..alhamdulilah
smlm bru duk berborak2 dgn wani pasal jual mahal, jodoh, ikhtilat dan lelain***byk sgt menda borak..hahahha*
dan pagi ni, aku jumpa lak pengisian yg seolah2 menjawab apa yg kami bincg semalam..dan best lg..dia pun jumpa jugak pengisian tu..senang citer, aku xyah la nk bebel2 lagi kat makcik kering tuh..hihihi :p
btw, apa yg kami jumpa adalah dr blog http://akuislam.com/blog/renungan/jodoh-terbaik/
haaa...mmg best la...yg plg best, aku share kat sini ea..
Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan yang sudah bercouple, adakah pasangan mereka merupakan jodoh terbaik buat mereka?
Jawapan sebegini sudah saya hafal :
“memanglah yang terbaik. Dia memahami aku, dia sayang aku. Aku pun sayang dia. Kitorang saling mencintai. Kitorang selalu pergi jalan-jalan, shoping. Kadang-kadang kitorang pegi makan-makan, tengok wayang. Awek aku sporting kau tau. Tak kolot. Aku kalau keluar pegi mana-mana, tak lepas dari pegang tangan dia. Dia pun ok je. Eh, takkan kau tak tengok gambar dalam facebook kitorang?”
Itu jodoh terbaik? Lupakan saja. Fahamkah mereka semua apa yang dikatakan terbaik? Terbaik itu bermaksud baik untuk dunia dan akhirat. Yang boleh saling membimbing untuk kebaikan dunia dan akhirat. Yang mengingatkan tentang Allah dan saling berpesan dengan kebenaran untuk menegakkan agama Allah. Jadi kalau berpegang tangan, keluar tengok wayang, merewang-rewang sampai jauh-jauh malam, apa yang baiknya? Di mana kebaikannya?
Dengan menjadi baik kepada Tuhan ; beribadah dengan khusyuk, membuat kebajikan, menjauhi larangan, dan berbuat baik kepada sesama manusia dan makhluk di muka bumi ini dan sebagainya, maka insyaAllah Tuhan akan membalasnya dengan kebaikan juga. Bukankah cinta itu datang bersama ketaqwaan pada Ilahi?
Ya, saya tahu, ramai akan mempersoalkan sebab saya berkata sebegini. Ramai juga yang bertanya dari mana saya dapat ‘formula’ jodoh yang begini? Dari novel? Buku motivasi? Filem?
Jangan sampai tersalah memilih orang
Jawapannya mudah. Sangat mudah. Bukankah kita sudah ditinggalkan dengan dua harta paling berharga oleh Rasulullah S.A.W, iaitu al-Quran dan Hadis? Inilah ayat yang menjadi pegangan saya :
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.(Surah An-Nur ayat 26)
Jika sudah begitu yang dijanjikan Tuhan, maka saya tak pernah ragu akan janji itu. Selagi saya berusaha untuk menjadi yang terbaik taqwanya di sisi Tuhan, maka saya percaya Tuhan akan mengurniakan saya jodoh yang baik juga. InsyaAllah.
dalam sesibuk baca blog tu, jmpa gak pengisian lain berkenaan dgn 'hukumlah dirimu sebelum ALLAH menghukummu"..aku rasa pengisian yg mantap..krn kita selalu sgt lupa yg kita ni sokmo wat silap, tp duk rasa x wat silap..moga kita sntiasa ingt akn perkara ini..
dalam tempoh baca yg ITU JODOH TERBAIK?LUPAKAN SAHAJA tu..aku g la tgk kat empunya penulisan itu..waaahhh...jmpa lak tumblr..haaa..skg duk sebok explore tumblr lak..tumblr ni mmg aku dah tgk and follow lama dah, kata2 best, pic menarik dan sedih gak kalu tgk..huhu..maka, terjumpa la pulak yang ini..
siapa tak pernah jadi jahat? we all fall short sometime. dan kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that? post pasal islamik kat FB, tapi tak solat, tak baik jugak. jaga solat, tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik jugak. pakai tudung labuh, tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik jugak. bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis, tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik jugak. siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? none. dan definition of baik was only mean by one thing ; beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya. yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat, tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik, or kutuk orang yang jahat sekalipun. no we can’t do that. kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.
ya we all fall short sometime. but that doesn’t mean kita selamanya berdosa. rahmat Allah tu luas. cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah. jaga solat. jaga hati. jaga hubungan dengan Tuhan. niat yang baik-baik untuk diri sendiri. doakan kebaikan orang. jangan prasangka. i am not good either. tapi tak salah kan nak berubah? :) every second is the chance to change. don’t waste it people. be good to Allah, inshaAllah DIA akan baikkan kita."
pulak yang ini..haa..nampak x, berkesan nya la seme zaman teknologi ni kan..tu la yg myebabkan aku lg eager nk beli galaxy notess...wuuuuu
senang aku nk explore dn membaca nya dimana2 shj..waaaaa..
in shaa ALLAH, akn diusahakan..
sedar x sedar, lg beberapa hari lagi, berakhir sudah 2012..
terlalu byk yg berlaku untuk tempoh setahun ini..
hanya ALLAH yang tahu apa yg jd pada diri aku ini..
aku xkan mengalah
xnk putus asa
sentiasa berdoa
doa
doa
doa
kerna aku tahu
DOA ITULAH KEKUATAN SEORANG HAMBA
*untuk awk~smga sentiasa dilindungi ALLAH dan ketahuilah..ALLAH sentiasa ada utk kita^^
sekian, nk balik dan bersiap utk esok pula :)
p/s--panjang lak entry kali ni..>_<
amboi kata kat kte plak~~ kering tu kan ~~~ loading >_< hmm kan?? tq atas ingtn nie.. seyes sentap jugak.. jom audit dlt diri kpd Allah mohon keampunann-Nya.. :')
ReplyDelete