Skip to main content

Kahwin! Perkahwinan! Kawen?

KENAPA DULU ORANG KURANG BERCERAI, SEKARANG RAMAI ORANG MUDAH BERCERAI.


Salah satu sebab zaman ini berlaku banyak penceraian bermula dari 100 tahun dulu. Ketik...a kaum isteri hanya sebagai suri rumah dan Sang Suami mencari nafkah menyebabkan isteri terlampau bergantung kepada suaminya walaupun suaminya seorang yang bengis, tak romantik, tak hensem, boroi, tak tahan lama dan macam-macam lagi. Mereka kekal dalam perkahwinan sehingga mati. Selepas kematian salah seorangnya, yang ditinggal akan merindu sampai mati. Tapi ramai juga yang BAIK-BAIK berbanding yang jahat.

Dari kes nenek moyang kita yang tertindas dengan karaktor atuk-atuk kita yang bengis dan jahat itu menurunkan pesanan kepada ibu dan nenek kita agar perempuan menyediakan persiapan sekiranya berlaku perceraian dan tidak mudah ditindas suami.

Lalu generasi berikutnya memberi pendidikan tinggi kepada anak-anak mereka dan menggesa anak-anak mereka turut bekerja membuat simpanan sebanyak mungkin sebagai persiapan jika diceraikan oleh suami.

Kesan sosiologi, ramai (bukan semua) isteri yang ketahanannya tidak sehebat nenek moyang kita dahulu. Dari kes mahkamah syariah, ada yang disebabkan suami suka picit ubat gigi dari bawah dan isteri suka picit dari atas menyebabkan pergaduhan dan penceraian. Isteri tak perlu risau apa-apa. Simpanan dah ada, kerjaya dah tinggi, anak pun dah ada. Apa perlu risau hidup tiada suami? Pantang suami tegas sikit pun ada yang nak minta cerai.

Ini fenomena yang berlaku. Truth fact yang pahit untuk ditelan. Jika awak dalam sebuah bot kecil meredah lautan. Ada masa lautan tenang, ada masa ia bergelora. Jika awak dah siapkan sampan kedua semasa awak menaiki sampan suami awak, nanti bila laut gelora sikit awak dengan mudah akan lompat dalam sampan sendiri dan bawa haluan sendiri.
Perceraian banyak berlaku pada zaman ini kerana semakin kurang kebergantungan isteri terhadap suaminya. Belum kahwin dan buat persiapan perceraian, bagaimana perkahwinan nak kekal lama. Tak salah buat persiapan sekiranya suami meninggal tetapi buatlah persiapan itu BERSAMA SUAMI bukan sendiri-sendiri secara peribadi. Awak pun tak tahu, suami atau awak yang mati dulu.

Sama dengan cerita ini, Tareq Ibn Ziyad yang belayar merentas laut Mediterranean menuju ke selatan Sepanyol untuk bertempur dengan tentera Spain membakar kapal kesemuanya selepas selamat mendarat di pantai. Balatentera hanya ada 1 jalan untuk kembali bertemu isteri dan anak-anak di seberang sana…iaitu dengan memenangi peperangan. MEREKA MENANG kerana tiada jalan untuk berpatah balik.

Isteri dulu sangat bergantung kepada suami dan takut diceraikan. Isteri sekarang tak takut suami dan tak kisah diceraikan. Jalan dari kita di Loh Mahfuz sampai ke akhirat nanti semuanya ialah JALAN SEHALA. Jika awak rasa perkahwinan ini jalan yang boleh u-turn, memang anda akan buat u-turn.

Betul tak?

Alhamdulillah, saya dan isteri hidup rukun damai dalam sebuah bot. Kadang-kadang ada ribut ada taufan, tapi kami masih pegang dalam bot yang sama walaupun bot kami tak besar mana. Sekejap, nak add friend Erra Fazira

SAIFUL NANG
Suami Intan, Daddy Orked, Seri & Lela
Artikel ini dicedok dan diadaptasi dari rujukan di www.prihatin.net.my


************************************************************************************

 
okay.
bismillahirahmanirahim

Alhamdulillah untuk segala nikmatNYA untuk hari ini dan hari hari sebelum ini dan hari mendatang.
InshaaALLAH.

fuuuhh
sy nk mmg rasa nk menulis hari ini
heheh
triggernya ialah citer "Kisah Curang Suami Mah" yg semakin menjadi viral bukan hanya di fb begitu juga di whatsapp

jujur dari saya
memula mmg sy mcm tanak baca pun
betul!malas nk baca
then...even dah share di whatsapp, pun sy tak baca..plus x komen
tetiba
tetiba
hari ni, tgk fb junior dan nmpk die komen ' suami yg beragama akan mampu menahan nafsu dirinya...." sy pun mcm..eh..klik la..
klik kt yg die share tu adalah blog org lain yg copy surat tu dan komen versi die sndiri,
bahahha..mmg ayat byk marah wooo.
plus mmg keluar la smeua bahasa nya (erkkkk..mcm ganas pulak bila baca..xyah amik yg tu ek)

respond pertama saya- hujan!
seriuosly?
sbb mah tu xmcm dulu dah utk si suami carik lain.
perghhhh
panas ja wa baca
panas smpai hujan
huhuhu
namun begitu, alasan itu TIDAK SAMA SEKALI BOLEH DITERIMA kerna berzina lama giler dgn janda yg terpilih itu...
alasan sisuami tidak masuk akal
dan kesian juga kerna telah bergelumang dgn dosa (harap die dah kawen sbrnnya dgn pilihan hati tu, seyes..sy harap die dah kawen..kesian dosa byk sgt tuh--sy pun xla baik ya)
yg lebih tak masuk akal
si suami PUT BLAME on mah yakni si isteri tu sb mah tu x berhias dan menjaga diri di rumah.
okay.fine!
one point yg sy boleh komen - ayuh para isteri! (walaupun sy belum join the club lagi)
kita jaga diri utk suami lebih lagi!
lawa kita utk dia kasik up 200%
dan itu mmg hak suami pun utk melihat kita cantik dpn die dirumah lebih lagi dr luar rumah.
okay!noted that!

ehem
dan encik suami, sponsor la semampunya utk melawakan isteri kesygn tuan hamba semua ya :)
tanggungjawab isteri juga utk cantik...dn perlu bantuan suami juga dlm hal ini (sokongan dan wang juga dikira point penting)
plus!
boleh je D.I.Y (do it yourself) utk lawa ni.
yg tu kene sokongan masa la plak :)

maka, kesimpulannya ialah (mengikut peta minda saya je ni taw) :
1.Jangan la letak alasan smua salahkan wife je lepas dah curang tu
2.Saling mencantikkan diri LUAR DALAM - AGAMA perlu cantik lebih lagi....kerna kecantikan bentuk badan semua ini akan luntur dimamah usia..kerna itu lah CANTIK DI HATI AKAN CANTIK DI MATA.... (bab ni AGAMA adalah nilaian utama kita)
3.Pakej berkahwin ini mmg datang dgn TANGGGUNGJAWAB dan sy setuju dgn apa yg saiful anng ckp kt atas tu.
4. Mind SET bukan bersedia utk dipisahkan. --kurangkan ckp' jika lepas ni ada apa-apa mcmana?--eh eh..mmg nk ada pe pe jadi ke...tak kannnnn...then..STOP saying like that..(ni dpt kt seminar baitul muslim gak sbnrnya)

5. CINTAKAN AKHIRAT dan kita nk bina PENTHOUSE kt sana lebih utama!

saya bukanlah org yg mempunyai pemgalaman familia sempurna...mak sy punya cbrn sendiri dalam kehidupan beliau...
namun apa yg sy telah belajar dr kisah yg berlaku dihadapan mata sy sndiri ialah PEGANGAN AGAMA dan PELAKSANAAN itu sgt penting.

Base kita
jati diri kita
itu yg penting!
SAngka baik kita pada ALLAH
itu juga lebih penting!

Subhanalllah
Astagfirullah..
sy sendiri byk kali jatuh bangun utk menjadi lebih baik...sy rasa sebak kerna sy sendiri byk perlu buat apa yg sy cakap...
sy sendiri tgk mak sy membesarkan kami dgn gigih dgn kata kata kenapa tidak mak yg perlu jaga kami semua.
apa la sgt yg mak sy ada waktu tu
namun semangant dan kasih syg beliau tidak bertepi!
sy kagum sgt!
dan sy tahu,.....selepas ini, bila sy telah berkahwin dan punya kunci syurga sy itu...byk perkara sy perlu hadapi..
dan sy berdoa moga adik adik sy dan abg sy mendapat isteri yang memahami bahawa tanggungjawab anak lelaki pada ibunya itdak putus. (sama juga sy perlu faham dn ingat dan buat utk bakal suami sy kelak )

moga perancangan kami
perjalanan kami
dipermudahkan
dilancarkan
dan disatukan hingga keakhirnya.

amin!


sekian
rasanya itu ja yg mahu berkongsi
mmg lama x tulis
makin nk dekat 29 genap ni
makin mcm mcm rasa
perkara utama yg sy asik berfikir sejak dua menjak ni
apa yg kau dah buat selama 29 tahun ni ya fara!?

hurmmm..
byk perlu dilakukan
dan byk perlu ditingkatkan
dan alhamdulillah utk semua pengalaman selama ini.

eh..belum lg..esok post genapnya..heheh

okay.mau makan

ayuh!
teruskan menyebarkan kebaikan
dan teruskan perjuangan dilapangan sendiri :)

yoshh!!




 
Let's have FAITH on ALLAH more and more!
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>            

umur.jarak.= number??

assalamualaikum haaa.. ni nk kasik panas ke apa naik entry camni kan hihihi xde la juz cross in my mind selain yg first entry td ni adalah most thing yg sy pk juga hmmm kadang2 selalu gak tnya diri dan mak kenapa ea mak kenapa yg dtg kt kakngah ni yg umurnya boleh tahan la jauh beza*xnk ckp bape..hahahha* kenapa ea mak kenapa yg nmpk apa yg kngah ada ni yg mereka2 itu napa yg lain xnmpk sobs.. ok jwpn mak hmmmm..tgk la awk tu mcmana hahhahha kene dusshhhh depan muka tp mak mcm ok la kali ni so kira umur ni just number gak la kan hahhahha *tu assumption aku je* but actually umur itu mmg satu PERKARA PENTING sbnrnya yup mmg syg mmg suka mmg syg lah tp ada tapi ya kne realistik la sikit hidup kat dunia realiti BANYAK SIKIT skg yer la seme nk sweet je seme nk manis je seme nk ok je later on? owh negatif sangat kah sy? hahhahha haah mmg negatif dah hihihi tak la...sy sentiasa nk positif

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan