Skip to main content

past , now and future..

assalamualaikum
 
alhamdulillah, masih diberi nafas utk beribadah kepada ALLAH dan memohon keampunan NYA
aku sbnrnya nk kongsi pasal pengisian Konvensyen Fiqh wanita & Islam yang aku pegi last week
Alhamdulilah, byk ilmu, input, peringatan dan pengisian yg membantu bg diri yg jahil dan lemah ini
Alhamdulilah sb dpt tumpang kt umah yg ada ibu..weeee
sonok duk umah yg ada ibu/mak/ummi/mama ni
seme setle..ngeh3..
syukran pada ibu am dan am jugak
alhamdulilah utk ukhuwah yg terjalin sepnjg k-fiqh ni..wuu..sedih hati sbnrnya, tp xmo sedih bagai sgt, nti ada yg  pelik x abes plak..hihihi;p
 
dalam sibuk nk tulis tuh, aku terjumpa plak pengisian dr blog junior kt puncak perdana dulu
hmm.sbnrnya, aku mmg suka tgk blog org dulu before nk tulis
tp
bila baca blog dia ni, actually entry yg aku nk share ni lama dah die tulis
mgkn aku bru jumpa :)
xpe, entry dia sgt best
mcm kene kt diri pun yer jugak*biasanya mcm tu la..hihih*
 
yup
people change
semua org berhak mendapat peluang utk berubah dlm hidup msg2
cuma pilihan dan tindakannya adalah ditgn kita
ALLAH bg spark, hidayah
kita nk teruskan dgn istiqamah atau tak
nk biarkan chaya hidayah tu pergi cenggitu jer?
haisshhh
tamo la
rugi
ALLAH dah bg
ALLAH dah ketuk
xsedar or kita yg denial?*sy x denial sgt erk..hih*
 
maka, bila aku terjumpa entry dia ni
aku setuju
sgt
sgt
sgt
 
Every saint has a PAST,
Every sinner has a FUTURE
 
 
like what she said*blog junior ni*
org x percaya bila tgk empunya diri ni
"eh..xkanlah fara mcm tu, fara yg sy kenal seorg yg teguh" seorg lecturer aku penah bg feedback mcm ni bila aku ckp aku pernah juga ada zaman tergelincir :(
hmm..tp..aku tahu zaman tu
aku tahu
dan
ALLAH lg tahu :'(
astagfirulah
semoga ALLAH terima taubat-taubat kita
 
so, aku share dr blog junior aku ni*silent reader dia sbnrnya aku ni..hihi
tp x copy full, aku amik yg mana aku rasa aku nk amik
maap ea iffah...kak fara copy sudaaa ;)
 
selamat membaca^_^ 
 
 
 
 
 
saya baca ayat itu berulang-ulang,

memandang berkali-kali.

Astaghfirullah,

teruknya saya dahulu,

:'(

teringat kembali perkara yang pernah dilakukan.

banyak.

biar saya simpan sendiri.


mesti orang kata,

"jahat mana lah sangat iffah ni, macam tak percaya je"

haha.

saya percaya,

setiap orang pasti melalui kisah silam yang berbeza-beza.

dan saya juga, pastinya.

:'(


"Iffah aku rasa kalau kau tak campur dengan geng-geng tu kan, aku rasa kau sebenarnya baik"


seorang teman meluahkan pendapat,

beberapa tahun lalu,

ketika saya masih di bangku sekolah menengah.

saya senyap,

tidak tahu respon apa yang hendak diberi.

tapi satu yang pasti,


saya tidak pernah dan tidak akan pernah menyesal,

akan masa silam saya.

 
kerana jika tiada kegelapan dahulu,

mana mungkin saya dapat merasakan nikmatnya cahaya sekarang.

Subhanallah! Maha Suci Allah.



Ya Allah, jangan kau palingkan hati kami,

setelah kau berikan hidayah kepada kami,

sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi.




dan saya tidak mahu hanya saya yang merasa,

saya mahu cahaya itu dirasai kawan-kawan saya juga.




kawan-kawan saya,

tidak pernah ada istilah terlambat untuk berubah.

kita semakin sedar,

kita semakin besar,

kita semakin faham.




kita hidup sekejap sahaja.

kenapa ingin mensia-sia,

dan akhiratlah negeri yang kekal abadi.




"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan dalam dirinya, Allah akan bagi kefahaman dalam bentuk agama

(Ad-Din) "




tak kisahlah siapa pun kita dulu,

jahilnya kita dulu,

noob nya kita dahulu,




Allah tidak akan pernah pandang itu,

kerana Allah itu Maha menerima taubat,

Allah kan Maha Penyayang.

 
"Tidak penting dari mana kita bermula, tapi yang penting di mana kita berakhir"

bila kita dah rasa syahdu,

sayu dalam hati,

rasa nak menangis dalam diri,

rasa nak menitis air mata bila baca tafsir surat cinta dari Allah,

rasa nak sujud lama-lama dalam solat,

mohon keampunan dari Allah,




bersyukurlah.

kerana Allah hadirkan perasaan itu.

Allah dah ketuk hati kita,

Allah dah sentuh hati kita untuk kita kembali kepada Allah.

kembali kepada fitrah,

sebagai seorang hamba.




:'(




sebak rasa di dada.

*tahan-tahan*

 


"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada seorang pun kecuali kepadamu, Rasulullah SAW bersabda :'Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah."

(HR. Muslim)
kemudian, istiqamahlah.

memang bukan mudah,

tapi sentiasa ingat,

Allah ada, sayangku.



sentiasa ingat Allah,

sentiasa baca Al-Quran,

sentiasa bergaul dengan orang-orang yang soleh,

:')



saya sayang kawan-kawan saya,

jom awak,

kita sama-sama buat baik,



saya nak sangat,

kita sama-sama pegang tangan untuk ke syurga di akhirat nanti,



kita sama-sama tau.

jadi sekarang,

kalau saya lupa,

cepat bangunkan saya balik.



kalau awak tersasar,

saya akan tarik awak balik.



kita nak sama-sama kan?

sebab,

saya betul sayang awak.

kerana Allah.



ukhwah itu lagi lagi lagi manis kalau

kita sama-sama ingat Allah, kan?

InshaAllah. <3


"Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mecintai dirinya sendiri"

(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)


~syukran iffah utk entry nie..smga kita menjadi lebih baik disisi NYA :')

Comments

  1. =)
    entry ipah yg ni mmg touching... sy prnah bc dulu....
    thanks akak ingatkn. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuu..kan hajar kan..akk sbnrnya nk citer menda lain..tp dah tercerita menda lain..pun boleh :)

      Delete
  2. eleehh...sbb hajar pun cenggitu kan..hihiih..akk taw la....
    tp sekurang2 nya..akk xdelete post..hihiihih..letak kat draft jer..hahahhhaa

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, jangan kau palingkan hati kami,

    setelah kau berikan hidayah kepada kami,

    sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi.

    doa ni sgt menyentuh

    ReplyDelete
  4. krn hati itu bukan milik kita..hati itu milik ALLAH
    semoga ALLAH tetapkan hati-hati kita dijalanNYA

    amin :')

    ReplyDelete
  5. sgt suka entry ni.. thanks cik fara kongsi..
    suka ayat ni

    kita sama-sama tau.

    jadi sekarang,

    kalau saya lupa,

    cepat bangunkan saya balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..entry ni mcm bg debush jugak kat sy..moga bermanfaat :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>   ...

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan ...

Ahmad Ammar Ahmad Azam *new 2*

bismillahi rahman ni rahim alhamdulillah 28 tahun 3 hari alhamdulillah utk umur shingga ini byk lagi yg perlu aku buat sgt byk bila mcm2 dah jd dlm hidup ini perkara plg utama yg perlu dirisaukn ialah bekalan kita disana nti cukup kah dah la hari2 buat dosa istighfar pun xbyk mana nk perasan hebat dah? org suka pun sbb ALLAH tutup aib taw hmmm maka dgn ini proses pembaikan pulih dn pembeljaran berterusan sedang terus bermula moga ALLAH redha baru2 ini wave 'al marhum Ahmad ammar Ahmad azam sdg meniti di fb dan lama sosial lain juga pd aku subhanaallah mmg sgtsgtsgt jauh utk berada seperti arwah ahmad ammar ahmad azam byk yg perlu dibaiki dipelajari diexplore lg namun satu je yg aku rasa kita semua boleh buat dilapangan kita sendiri CINTAI ALLAH BUAT SEGALANYA KERNA REDHA ALLAH DAN NIATKN SYAHID DLM HIDUP KITA INI SBG PENGAKHIRANNYA ada org kata kt aku jauh sgt nk letak ahmad ammar as bench mark tu tp aku pk balik mmg betul la kata kawan aku tu c...