Skip to main content

story#2# Pesanan Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,

beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:
...

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL
PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA
SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

 
maka, jom kita bykkn harta kita disana :)

 
haaa..kannnn...kita yg kene kasik gerak duluu
 
 
*ok..lepas ni apa shj yg aku jmpa kt fb
yg aku rasa bermanfaat dn boleh dipanjangkan aku akan letak pada #story# ni
moga aku dpt ingt apa yg aku baca
dan buat kalian yg membaca juga
 
jom kita baca dn tmbh ilmu dn AMALKAN
:)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>   ...

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan ...

Ahmad Ammar Ahmad Azam *new 2*

bismillahi rahman ni rahim alhamdulillah 28 tahun 3 hari alhamdulillah utk umur shingga ini byk lagi yg perlu aku buat sgt byk bila mcm2 dah jd dlm hidup ini perkara plg utama yg perlu dirisaukn ialah bekalan kita disana nti cukup kah dah la hari2 buat dosa istighfar pun xbyk mana nk perasan hebat dah? org suka pun sbb ALLAH tutup aib taw hmmm maka dgn ini proses pembaikan pulih dn pembeljaran berterusan sedang terus bermula moga ALLAH redha baru2 ini wave 'al marhum Ahmad ammar Ahmad azam sdg meniti di fb dan lama sosial lain juga pd aku subhanaallah mmg sgtsgtsgt jauh utk berada seperti arwah ahmad ammar ahmad azam byk yg perlu dibaiki dipelajari diexplore lg namun satu je yg aku rasa kita semua boleh buat dilapangan kita sendiri CINTAI ALLAH BUAT SEGALANYA KERNA REDHA ALLAH DAN NIATKN SYAHID DLM HIDUP KITA INI SBG PENGAKHIRANNYA ada org kata kt aku jauh sgt nk letak ahmad ammar as bench mark tu tp aku pk balik mmg betul la kata kawan aku tu c...