Skip to main content

ana.anta~dr blog itu :)

Ana.


Akhi.



Enta.



Antum.



Errgghh. Rimas Syakur dengan bahasa-bahasa Arab celup sebegitu. Hallo, kalau nak cakap bahasa Arab, belajarlah betul-betul, cakaplah molek-molek. Baru kelas! Ini..? Ppffftt.



Syakur yang pernah belajar di sekolah agama dari tingkatan satu hingga tiga itu pon, tidak terasa seperti mahu berbahasa Arab. Tiada selera. Inikan pula mereka yang sekolah sekular, sekolah bandar dan sekolah pintar, yang baharu setahun jagung ikut usrah, melalui tarbiyah, sudah gatal lidah mahu berbahasa Arab. Ceh.



"Akhi Syakur... Enta ok ke ni..?"



Tegur Hannan, rakan seusrahnya. Tangannya diletakkan di atas paha Syakur.



Muntah.



"Err.. Aku ok je bro. Apsal..?"



Awkward.



"Takde apa. Nampak enta macam resah semacam je."



Hannan mengukir senyuman dan mengalihkan tangan.



Lega.



Ketika itu sesi usrah sedang dijalankan. Murabbi mereka, Adli sedang khusyuk menyampaikan tafsir surah az-Zukhruf.



Syakur di kala itu sedang bersiar-siar di menikmati pemandangan piramid Giza. Kemudian dia ke San Paulo pula, sebelum terbang menikmati binaan hebat Machu Picchu. Fikirannya menerawang. Fokusnya hilang, melayang.



Tidak berminat.



Entah, hari itu dia merasakan usrahnya kering. Tidak bermaya. Lesu. Walhal Adli begitu bersemangat bercerita pada hari itu. Ahli-ahli surahnya yang lain - Azraie, Nazri, Hannan, Musalman dan Qatadah - semuanya nampak ceria dan penuh teruja.



Hanya dia sahaja yang tiada daya. Agaknya sebab itulah Hannan menegurnya tadi. Raut wajahnya telah mengkhianatinya mungkin.



"Ok ikhwah. Aaaahh.. Apa pendapat antum tentang ayat dua hingga empat..? Kenapa agaknya al-Quran ni diturunkan dalam bahasa Arab..?"



Syakur tersentak. Lamunannya hilang, lebur bersama angin sepoi yang bertiup.



Ish macam tau-tau je Abang Adli ni..



Masing-masing pon pantas memberikan pendapatnya. Ada yang mengatakan kerana bahasa Arab itu adalah bahasa ahli sorga. Ada yang tegas dan yakin menerangkan kehebatan bahasa Arab yang tiada tandingannya. Ada juga yang secara bersahaja berkata, memandangkan Nabi adalah orang Arab yang diturunkan kepada bangsa Arab, maka secara logik akalnya, pastilah al-Quran itu dalam bahasa Arab.



"Syakur..? Apa pendapat anta pula..?"



Tiba giliran Syakur. Dia menelan air liurnya. Dia langsung tiada minat atau hasrat untuk menyampaikan pendapat.



Dia membetulkan duduknya. Lama juga dia sepi tidak bersuara. Semua ahli usrahnya memandang padanya, mengharapkan akan ada sesuatu yang keluar daripada mulutnya.



"Saya... Uhm. Entah. Jujurnya, saya pon tak tahu kenapa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. I mean.. Memang betullah apa yang korang semua cakapkan tadi. Betul, saya setuju je. Cuma.. Kalaulah Islam itu rahmatal lil a'lamin, untuk semua orang, kenapa Allah nak ekslusifkan al-Quran tu dalam bahasa Arab..? Saya.. Tak faham."



Semua ahli usrah terdiam. Tidak mereka sangkakan itu yang akan keluar daripada mulut Syakur.



"Macam kita ni.. Kenapa sibok-sibok nak berana-anta ikhwah antum bagailah. Ish. Dah kita ni orang Melayu, kenapa tak boleh nak cakap bahasa Melayu je..? Apa masalahnya dengan aku-kau, saya-awak..? Mesti ada sebab Allah jadikan kita orang Melayu en..? Kalau bukan orang Melayu nak berbangga dengan bahasa sendiri, siapa lagi..??"



Adli tersenyum. Hannan ternganga. Qatadah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Azraie dan Nazri hanya memandang karpet, mengira pintalan benang yang terkeluar agaknya. Musalman pula statik, tiada perasaan.



"Bagus point enta tu Syakur.."



Adli bersuara.



Enta lagi. Ish.



"Dulu ana pon pernah ada persoalan yang sama. In fact, exactly the same. Lama jugaklah untuk ana terima. Tapi akhirnya ana faham. Dan ana betul-betul faham sampaikan ana rasa rugi kalau tak berana-enta semua tu."



Syakur merenung murabbinya itu. Menantikan jawapan yang bakal memuaskan hatinya.



"Of course, dalam al-Quran Allah sebut banyak kelebihan bahasa Arab ni. That goes without saying. Dan ana pon tak perlulah kot nak cerita panjang-panjang.



"Sebenarnya takde sebab pon untuk kita cakap bahasa Arab. Nak kata bahasa ahli sorga, tiada dalil yang sahih yang boleh membenarkan dakwaan tu. In fact, the only logical reason kenapa al-Quran turun bahasa Arab adalah sebab ia diturunkan pada Nabi Muhammad, yang juga seorang Arab. Samalah macam Taurat yang diturunkan dalam bahasa Ibrani dan Injil dalam bahasa Aramaik, sesuailah dengan keadaan ketika mana kitab tu diturunkan."



Ok, he is making sense. Detik Syakur. Dia merapatkan silanya pada murabbinya itu. Berminat.



"Tapi.. This is where it becomes very interesting. Sebab kita nak chenta pada Nabi. Kita nak jatuh chenta pada para sahabat. Kita nak rasa apa yang pernah mereka rasa. Oleh sebab itu, kita kena faham al-Quran sebagaimana yang mereka faham. Dan kalau nak faham al-Quran sepertimana yang mereka faham, nak jatuh chenta pada perjuangan mereka, nak berguling-guling penuh kechentaan dengan apa yang mereka bawa, then, suka atau tak, kita kena belajar bahasa Arab. Sebab apa yang kita faham dalam terjemahan dan tafsir dalam Bahasa Melayu tu, alahai, seciput je dari maksud dia yang sebenar. Cair..."


Syakur mencelah. Tidak sabar.


"Tu saya faham bang.. Dan saya setuju je kita kena belajar bahasa Arab untuk faham al-Quran. Tapi, perlu ke kita berana-enta semua tu bang..? Part tu yang saya tak boleh nak terima tu.."



Adli tertawa kecil.


"Anta nak tahu kenapa ana lagi suka berana-anta, berakhi bagai dengan antum semua? Daripada guna saya-anda atau aku-kau dan sebagainya..?"


Syakur mengangkat keningnya. Ahli-ahli usrah lain turut menunjukkan minat.


"Sebab lagi kool..?" Celah Azrai'e.



Adli tersenyum.


"Haah. Sebab dia sumpah kool dan bergaya..!"

Syakur membuka mulut, mahu memprotes.


"Op op, ana tak habis lagi. Rilek la bro, isap okok dulu. Haha.

"Sebab ana-anta ni lebih daripada sekadar saya dan awak. Akhi tu, lebih daripada saudaraku. Antum, maknanya lebih daripada kalian semua.."



"Maksud abang..?" Tanya Musalman, kini lebih berperasaan.



"Entah. Susah nak explain dengan perkataan. Mungkin itu kehebatan bahasa Arab ni. Tapi bila cakap ana-anta ni.. Dia.. Uhm.. Macam ada ruh. Macam ada unsur kasih-sayang kat situ. Bukan kasih-sayang yang calang-calang, tapi kasih-sayang keranaNya. Samalah macam akhi. Akhi tu adalah saudaraku di atas jalan dakwah ni. Bukan sekadar saudara seaqidah, tapi saudara seperjuangan dalam satu barisan.


"Sebab tu Allah sebut orang-orang mu'min tu bersaudara. Allah guna perkataan 'Ikhwah' dalam ayat tu. Itu je satu-satunya perkataan ikhwah yang Allah guna dalam al-Quran. Sangat special. Sebab hanya orang-orang beriman je yang layak menggunakan perkataan ikhwah. Sebab persaudaran mereka adalah berasaskan keimanan. Persaudaraan mereka adalah berdasarkan kechentaan kepada Allah. Chenta yang benar. Tulen. Original, bukan cetak rompak. Hehehe.."


Beberapa orang ahli usrah tersengih. Syakur masih asyik mendengar.



"Jadi bila ana cakap ana-enta, akhi dan sebagainya tu, maknanya.. Ana sangat kasih pada antum. Maknanya, ana nak jadi saudara antum yang sama-sama berjuang atas jalan ni. Susah senang kita tanggung sama-sama. Kita kongsi ketawa dan duka. Maknanya, ana nak kita semua jadi orang yang beriman, agar nanti di akhirat kita dapat masuk sorga sama-sama.



"Dengan kata lain ikhwah.. Ana uhibbukum fillah. Ana benar-benar chentakan antum kerana Allah."



Sodaqallahul adzim. Adli tersenyum. Puas. Dia memandang tepat mata setiap anak usrahnya. Mengharapkan wajah dan anak mereka akan memberi jawapan balas.


Sampai pada wajah Syakur, dia berhenti. Lama ditenungnya wajah anak usrahnya itu, hingga merah padam wajah Syakur dibuatnya. Segan.


Syakur tunduk, memandang karpet berwarna-warni itu. Jari-jemarinya menggaru-garu permukaan kasar karpet itu.


"Bagaimana Kur..? Ok ke..?"


"Err... Ok kot. Jazakallah kher bang. Ana.. Ana dah faham sekarang."

Syakur mengangkat wajahnya, memandang Adli. Matanya sedikit berkaca.

Ana..?


-gabbana-



Khas buat ikhwah yang amat saya chentai keranaNya di luar sana. Moga perhubungan ini akan kekal berbara di atas jalanNya yang mulia ini. Moga kita akan bertepuk-tampar gembira di tepi sungai indah nan pesona, di sorga sana, abadan abadaa.


 
**ermm...memula tu rasa jugak apa yg syakur tu rasa..tp..bila baca ni rasa mcm nampak sedikit pencerahan nya...cuma..apa2 pun...kita kene juga tgk tempat dn persekitaraaan...:)
cuma, mmg rasa lain pun bila guna ana-anta ni, ras terjaga lebih sikit pun ada..
tapi
xde la nk kata yg xckp ana-anta-anti ni x bagus..tidak...cuma ianya ada cdgn yg kita boleh lihat kpd pencerahannya dimana...
moga ianya bukan sekadar dipanggilan shj, tetapi biarlah ianya juga pada hati dan tindakan
panggil lah ana ke, anta ke, anti ke, tp jika kita tidak mengatakan apa yg dikatakan, maka, ianya juga tidak kemana..pointnya adalah usaha ya..
BAIK itu kan proses yg berterusan
lets together2 jadi BAIK ^_^
 
 
~mood:membaca smbil makan char kuew tiaow biznes week :)

Comments

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>            

umur.jarak.= number??

assalamualaikum haaa.. ni nk kasik panas ke apa naik entry camni kan hihihi xde la juz cross in my mind selain yg first entry td ni adalah most thing yg sy pk juga hmmm kadang2 selalu gak tnya diri dan mak kenapa ea mak kenapa yg dtg kt kakngah ni yg umurnya boleh tahan la jauh beza*xnk ckp bape..hahahha* kenapa ea mak kenapa yg nmpk apa yg kngah ada ni yg mereka2 itu napa yg lain xnmpk sobs.. ok jwpn mak hmmmm..tgk la awk tu mcmana hahhahha kene dusshhhh depan muka tp mak mcm ok la kali ni so kira umur ni just number gak la kan hahhahha *tu assumption aku je* but actually umur itu mmg satu PERKARA PENTING sbnrnya yup mmg syg mmg suka mmg syg lah tp ada tapi ya kne realistik la sikit hidup kat dunia realiti BANYAK SIKIT skg yer la seme nk sweet je seme nk manis je seme nk ok je later on? owh negatif sangat kah sy? hahhahha haah mmg negatif dah hihihi tak la...sy sentiasa nk positif

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan