Skip to main content

Hati dan cinta~



hati itu seperti bekas, dan cinta pula seperti air.

jika kita hendak menadah air, mestilah kita mencari bekas yang baik. jika bekas itu bocor, maka menitik keluarlah air. jika bekas itu sumbing, maka melelehlah air. jika bekas itu senget, kemungkinan air akan tumpah. jika bekas itu retak, terlebih air akan menambah pecah.

hati dan cinta juga begitu.

hati yang baik, akan menampung cinta dengan baik. hati yang baik akan dapat menerima dan menjaga cinta sebaik mungkin. dan yang pentingnya hati yang beriman, pasti cinta yang diisi kepadanya tidak semata-mata berpaksi kepada nafsu.

dan mencari bekas serta menuangkan air kedalamnya adalah PILIHAN kita sendiri. begitu juga dengan cinta. mencari hati yang baik untuk menampung cinta adalah TANGGUNGJAWAB kita sendiri.

benar cinta sering datang tanpa diundang. benar cinta itu hadir pada ketika yang kita tak sangka. benar cinta itu muncul dalam keadaan yang tak terduga.

tapi kita mesti ingat. sebagai seorang manusia, kita sentiasa pilihan. dan pilihan itulah yang menentukan kemana arah tuju cinta. pilihan yang dibuat untuk kebaikan itulah yang dinamakan ikhtiar. ikhtiar itu sendiri kata akarnya diambil dari bahasa arab ; ‘khair’ yang bermakna baik. maka sebab itulah kita harus bijak membuat pilihan.

memang membuat pilihan itu sukar. tapi yang lebih sukar adalah memahami pilihan yang dibuat.

pilihlah yang baik-baik untuk diri sendiri. jika merasa cinta itu baik, maka BERIKHTIAR lah untuk terus menjaganya ke arah kebaikan. jika rasa ada sesuatu yang tidak kena, maka BERIKHTIAR lah untuk menjauhi perkara yang tidak baik dan berusaha untuk kembali ke jalan yang benar.


kita tak boleh salahkan orang ;

“lelaki tu la pikat saya. tengok, saya dah jatuh cinta. habis saya leka dengan pelajaran. hati saya penuh dengan maksiat. semuanya salah lelaki tu!”


“perempuan tu memang pandai goda saya. mula-mula baik. lepas tu ada je yang tak kena. semua salah perempuan tu. kalau dia tak goda saya, semua ni takkan jadi.”


cubalah kalau ketika cinta itu bermula, kita menjaga hati dan cinta itu dengan baik. mungkin tidak akan jadi perkara yang diingini. atau sebaiknya, boleh saja kita buat pilihan untuk mengelak. tetapi kita tidak berbuat begitu. kerana kita rasa kita boleh menangani pilihan kita. akhirnya bila jadi sesuatu yang menyakitkan, mengecewakan, kita menyalahkan orang lain tetapi tidak diri sendiri. seperti syaitan yang menyalahkan Tuhan, sedangkan tidak melihat kesombongan pada dirinya.


kembali kepada tajuk asal. cinta itu seperti air dan hati itu seperti bekas. bekas yang baik akan dapat menampung air yang baik. hati yang baik akan dapat menampung cinta yang baik.


maka baikilah hati sendiri. dan carilah hati yang baik. inshaAllah cinta itu akan menjadi baik.

credit  to:http://sederhanaindah.tumblr.com


**okay, sharing from tumblr yg sy sgt suka baca.:)
perkongsiannya simple, tp bermakna...moga diri ini sentiasa diberi petunjuk dan dpt membuat pilihan dgn yg terbaik..dibawah izinNYA
bukan mudah utk buat pilihan, tp kita perlu cuba kan :)
yg pernah lalu pilihan yg salah, hmmm..dun worry, kita still boleh pilih utk jd lebih baik atau terus jd salahpilih ^^

moga bermanfaat
selamat hari isnin :)

Comments

Popular posts from this blog

AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH

Assalamualaikum.. ni sekadar perkongsian sahaja...ni pun dapat dr FB budak melaka yg garang tuh..heeee~~HUMAIRA*jgn mara ek**heeee..die punx taw blog aku ni kot..hehhee..anyway..thnks a lot humaira utk perkongsian ini. banyak input yg aku dapat...**siap study dgn maz tu yg x tahan..heee..kitaorg duk semngat tgk dalam buku solat sunat, sbb ada beberapa tu mcm xbape familiar n kene rujuk buku..syukur sbb mmg ada buku berkaitan...heee...so, maz ckp xpela..at least, kitaorg dpt belajar input baru ari ni..:) back to our topik, berikut adalah beberapa AMALAN HARIAN YG PERLU DIJAGA SECARA ISTIQAMAH **sama-sama kite cuba utk istiqamahkan : 1. SOLAT TAHAJUD ~di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & SOLAT SUNAT WITIR sekurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu subuh. ~TAHAJUD merupakan jalan org-org yg soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yg trdahulu. ~sama-sama kita jgn tinggalknnya. SELEPAS SUBUH 2. ZIKIR 300 PAGI = 100x tasbih <subhanaallah>   ...

rasa berdosa yg tidak sepatutnya~

RASA BERDOSA YANG TIDAK SEPATUTNYA. ~perkongsian daripada : http://langitilahi.com/319 Rasa berdosa adalah satu perasaan yang positif. Itu tandanya, jiwa kita masih hidup, hati kita masih peka. Mempunyai perasaan bahawa diri ini berdosa apabila melakukan kesalahan, adalah kunci utama untuk bergerak ke arah kebaikan. Menjadi satu masalah apabila kita kehilangan rasa berdosa apabila melakukan kesalahan, kerana pastinya ketiadaan rasa berdosa itu adalah kerana kita memandang kesalahan kita satu perkara yang normal. Namun, terdapat beberapa orang yang silap dalam memandang rasa berdosa ini. Kesilapan mereka, membuatkan rasa berdosa memberikan impak negatif di dalam kehidupan mereka. Mereka rasa berdosa, sehingga mereka tidak lagi bergerak ke arah kebaikan. Kerana mereka merasakan bahawa mereka kotor, dan tidak lagi boleh disucikan. Ini adalah rasa berdosa yang silap, dan tidak sepatutnya. Rasa berdosa yang sepatutnya Rasa berdosa yang sepatutnya, adalah membawa kepada peningkatan ...

Ahmad Ammar Ahmad Azam *new 2*

bismillahi rahman ni rahim alhamdulillah 28 tahun 3 hari alhamdulillah utk umur shingga ini byk lagi yg perlu aku buat sgt byk bila mcm2 dah jd dlm hidup ini perkara plg utama yg perlu dirisaukn ialah bekalan kita disana nti cukup kah dah la hari2 buat dosa istighfar pun xbyk mana nk perasan hebat dah? org suka pun sbb ALLAH tutup aib taw hmmm maka dgn ini proses pembaikan pulih dn pembeljaran berterusan sedang terus bermula moga ALLAH redha baru2 ini wave 'al marhum Ahmad ammar Ahmad azam sdg meniti di fb dan lama sosial lain juga pd aku subhanaallah mmg sgtsgtsgt jauh utk berada seperti arwah ahmad ammar ahmad azam byk yg perlu dibaiki dipelajari diexplore lg namun satu je yg aku rasa kita semua boleh buat dilapangan kita sendiri CINTAI ALLAH BUAT SEGALANYA KERNA REDHA ALLAH DAN NIATKN SYAHID DLM HIDUP KITA INI SBG PENGAKHIRANNYA ada org kata kt aku jauh sgt nk letak ahmad ammar as bench mark tu tp aku pk balik mmg betul la kata kawan aku tu c...